Tuesday, December 14, 2010

Ketenangan Abadi

Dalam kehidupan ini kadang-kadang aku rasa macam tak adil. Aku tahu apa yang kita inginkan sebenarnya bukan mudah untuk kita capai. Apa-apa bergantung kepada qada dan qadar allah. Kalau Allah dah tentukan sesuatu, sepatutnya kita kena redha tapi kita ni manusia biasa dan selalunya kita akan fikir benda lain kalau berlaku sesuatu. Aku tak terkecuali untuk merasainya. Aku tau apa yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan Allah tapi.....

Kadang-kadang orang di sekeliling kita yang menjadi faktor dan pendorong untuk hati kita jadi fikir yang negatif. Kenapa ya kena ada fikiran macam tu?????.....  Kadang-kadang aku merasakan kenapa ada manusia yang tidak memikirkan dan menitikberatkan perasaan orang lain???.... sukar untuk menilai kebaikan orang dan mudah untuk melihat buruk orang tanpa meneliti dan bertanya.....itulah yang biasanya terjadi. Perkara-perkara macam ni yang akan buat orang sekeliling 'down' dan inilah salah satu faktor orang akan 'lost everything'....terutamanya kualiti kerja dan keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu. Itu dalam konsep pekerjaan tapi yang paling hebat sekali adalah dalam konteks 'peribadi'.

Manusia akan berubah dalam sekelip mata jika kemelut ini bersarang dalam jasad. Dari jadi seorang yang periang akan jadi seorang murung dan cepat marah, dari seorang yang bagus kualiti kerjanya, akan jd yang paling teruk dan dari jadi seorang yang ikhlas, akan jadi seorang yang berkira. Aku dapat rasakan kadang-kadang benda-benda macam ni tidak adil terjadi untuk orang-orang yang tak sepatutnya. Adakah Allah memilih orang yang kuat untuk hadapi semua itu???...Adakah kita antara orang yang bertuah kerana Allah memilih kita?.

Sudah menjadi adat dan kemestian pada zaman ini...dimana...kebaikan dan jasa manusia akan dikenang dan disanjung selepas kita kehilangan orang tersebut...Adakah itu berbaloi??? adakah itu adil???...kenapa kita nak sanjung selepas kehilangan bukannya sebelum masih hayat dikandung badan???...adakah kita fikirkan hati dan perasaan orang itu akan bahagia mendapat sanjungan selepas ketiadaannya???....adakah award yang diberi akan mengembalikan kesedihan yang dialaminya sebelum ini???...adakah kita sempat untuk meminta maaf atas kesalahan kita????...Adakah orang itu akan memaafkan kita???...kalau ya...kita selamat...kalau tidak????....apakah kita akan selamat di akhirat nanti???...

Kelalaian sentiasa menyelubungi diri manusia. Pangkat dan darjat menjadi kebanggaan...merasai diri cukup hebat walaupun tak sehebat mana..lupa dan alpa dengan kenikmatan yang Allah beri...sebab mereka lupa Allah akan menarik balik kebahagiaan dan kesenangan dengan sekelip mata...mereka lupa segala-galanya...mereka lupa disebalik kebanggan mereka kadang-kadang ada insan-insan yang terluka....dan Allah berjanji...doa orang yang teraniaya akan termakbul......adakah mereka akan insaf setelah mendapat bala @ balasan daripada Allah???? adakah itu yang  mereka mahu dan harapkan???....fikir-fikirkanlah.

Dimana perginya ketenangan yang ku cari????....bila akan ku dapat ketenangan tu???....adakah aku boleh capai dan genggam seerat-eratnya hingga akhir hayatku ATAU.....aku tak akan dapat semuanya????....Ya Allah aku redha dengan ketentuanmu tapi tolonglah Ya Allah, kau kuatkanlah HATI ku untuk menempuh semuanya agar aku tidak tergolong dalam golongan orang yang tidak bersyukur. Ku harapkan redhamu..

Thursday, November 18, 2010

Perihal Kucing..

Semalam kawanku bercerita tentang kucing. Aku pun teringat la citer dulu2 masa sekolah. Lagipun akhir2 ni banyak pulak kucing yang aku jumpa sepanjang perjalanan balik dari rumah mama ke rumahku. Ramai gak orang yang bela kucing dekat kampung aku ni. Tak kira aku balik cepat atau lambat pasti ada kucing yang melintas.

Aku teringat time sekolah dulu...cerita ni kawan2 dekat kampung n family je yang tau..Asalnya dulu aku ni memang takut kucing...aku tengok kucing leh tapi kalau suruh pegang minta maap ler...hee...geli....lagipun badan dia berbulu...eeeee....lagi la geli..walau aku tau kucing tu binatang kesayangan rasulallah tapi aku tetap tak minat untuk pegang. Rumah mama pun ada kucing tapi kucing datang la...lama2 duk situ lak...tak pernah sekali aku belai2 kucing tu...heeee....bg makan boleh la klu dia bergesel pun aku tak suka...gelinyeee aku...paling pantang aku..

Masa sekolah rendah dulu aku kena la sakat dgn kengkawan sekelas...tak kira la sekolah pagi atau petang....kurang hasam betul budak2 ni....asal nampak kucing je mesti bagi dekat aku...aku pe lagi menjerit la...hehehe...disebabkan aku terkenal dengan pelajar takut kucing....so aku ada gelaran tersendiri...sejak ada nama gelaran tu memang stiap kali gaduh mulut dengan kawan itulah panggilan untuk aku...tak kira la lelaki atau perempuan. Nak tau gelaran tu pe????...hehehehe..disebabkan nama aku dekat kampung orang panggil Ely dan aku lak takut kucing so dia orang panggil 'elycat' lagipun sempena nama kumpulan ellycat dulu tu kan.... yang rambut macam sarang tabuan. Sejak tu la nama tu melakat dengan aku...

Pernah satu hari tu aku g toilet n sampai kelas kawan yg duduk depan aku nak pinjam pensil...so aku beriya la ambik tetiba masa nak tarik beg...aku terpegang benda berbulu dalam meja...sekali aku tengok...anak kucing...pe lagi...menjerit la aku..habis kena gelak dgn kengkawan tapi masa tu ustazah ada dekat depan dan kawan yang takut kan aku kena marah...hahahahahaha...padan muka korang. Kacau aku lagiii....Tapi bukan aku sorang je tau yang ada gelaran...boleh dikatakan setiap orang ada gelaran. Biasanya budak2 yang ada gelaran ni budak yang suka gaduh mulut dan suka sakat orang..dan aku la antara orang2nye....(glamour gak aku ni ye...hehehehe) pe taknya dia org suka mulakan dulu n kawan2 aku ni semuanya tak reti duk diam....lagipun time sekolah dulu kan duduk selang2 lelaki dan pempuan...so klu free time je....gaduh je keje...hehehe..

Sekarang ni aku dh pindah umah pun tetap dikunjungi dengan kucing jiran2ku...penah satu malam tu aku tengah sidai kain dekat belakang rumah...tetiba aku terasa mcm ada benda tengok aku...aku pandang la....jengggggg.....tetiba aku tengok ada mata 2 berkilau....nasib baik aku tak jerit....rupa2nya kucing jiran aku bertenggek dekat tembok rumah tengah tengok aku sidai baju....heee....naik bulu roma tengkuk aku...terkejut beruk aku...

Aku rasa la kucing ni ada tabiat gak...sepanjang pemerhatian aku ni...kucing ada gak yang pemalas, ada yang bijak, yang garang, ada yang suka bermain dan manja...yang garang ni jenis kucing jantan yang badan dia besar n nampak tegap sikit...aku paling pantang dengan kucing ni coz kalau dia datang je ayik cari gaduh je...dh la garang ada hati gak nak ngorat kucing betina...hee...last2 bergaduh sesama jantan...aku pe lagi...cepat2 ambil air n siram...hehehehe...2 caranya nak leraikan marah kucing....tapi kalau orang marah...nak siram dengan pe yek????....hehehe...air gak ke??? air sirap? teh? kopi? coklat??..haha..

kucing oh kucinggggg.....

Makna disebalik Lukisan

Pensil, colour, berus, kertas lukisan.......ahhhhh....rindunya aku dengan benda2 tu....lamanya aku tak sentuh benda yang paling aku minat suatu masa dulu...Aku tak dapat gambarkan keseronokkan aku time tu...indahnya hidup aku coz aku leh luahkan segala-galanya melalui lukisan..Bila bercerita tentang lukisan ni tak semua orang akan suka, tak semua orang akan minat dan tak semua orang boleh buat. Bagi aku itulah dunia aku sebenarnya. Sebenarnya minat aku dari kecik lagi.....Aku ingat lagi masa sekolah tadika...balik sekolah tu aku akan ambil kamus bergambar, pensil dan kertas kosong. Aku akan lukis benda yang aku suka mengikut gambar tu.....Dah siap aku akan bawak gi sekolah dan tunjukkan pada cikgu2 aku...bila dia orang kata cantik memang aku bangga giler masa tu.....

Ayah la yang jadi pendorong untuk aku melukis. Dia yang ajar aku macamana nak lukis sesuatu benda dekat papan hijau. Masa kecik2 dulu ayah belikan kami papan hijau size A3 dan kapur untuk belajar. Macam-macam dia tunjuk...masa tu aku memang xcited giler...aku ingat lagi lukisan yang dia ajar dulu...dia buat sebuah rumah kampung....rumah papan, depan tangga ada tempayan besar, sebelah rumah ada pokok kelapa dan jauh dibelakang rumah ada bukit dan 3 ekor burung terbang....lukisan tu mamang tak akan aku lupakan sampai bila2...tu lah kelebihan ayah..dia pernah kata dengan aku. Belajar pandai2 biar orang tak tipu kita. Aku dengar dari cerita makcik ku....ayah sekolah sampai darjah lima je coz nenek tak dapat nak tanggung sekolah dia...makcik kata ayah masa sekolah dulu dia pandai n tiap kali periksa mesti dia dapat nombor satu....tu yang kalau aku tanya benda memang dia bersungguh untuk ajar...lain sikit dengan mama dia jarang nak tunjuk walau dia sekolah sampai SPM.

Masa sekolah dulu matapelajaran Lukisan yang paling aku minat. Masa sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 3 aku tak dapat teruskan matapelajaran ni coz aku ambil Matapelajaran Bahasa Arab. tapi minat aku tetap tak berubah aku still minat lagi untuk melukis kalau aku ada masa dan kalau ada kerja berkumpulan, memang akulah orang yang akan dipertanggungjawabkan untuk melukis....aku tak kisah coz aku seronok. Banyak mana pun aku sanggup.

Minat aku lebih mendalam setelah aku naik tingkatan 4. Masa tu aku tak dapat nak teruskan pengajian Bahasa Arab aku coz tak cukup corum nak buka kelas Bahasa Arab dan aku apply sekolah lain pun tak dapat. Sedih gak masa tu tak dapat sambung tapi nak wat camne kan???...last2 aku ambil lukisan untuk cukupkan kredit aku. Bermula dari saat inilah aku belajar tentang lukisan ni dengan mendalam sebab periksa nanti dia akan tanya soalan dari pelajaran tingkatan satu sampai 5. Aku ambil inisiatif sendiri wat latihan sendiri. Bab lukis2 ni aku takde masalah tapi bab soalan objektif yang aku tekankan....maksud motif, jenis corak, jenis lukisan n macam2 lagi lah...dan bila ada masa aku buat buku lukisan saiz A4 dan lukis la apa yang aku suka terutamanya part2 badan manusia..mcmana nak lukis anggota badan pelbagai gaya than aku jumpa cikgu lepas habis sekolah dan tanya cikgu apa yang tak kena dengan lukisan tu...daripada komen cikgu tu...aku perbetulkan lukisan tu dan aku akan buat sampai aku puas hati..dan cikgu pernah announce dalam kelas aku je sorang student yang wat mcm tu dan dia harap agar ramai lagi student yang wat mcm tu...tapi aku tak tahu la ada yang wat ke tak...

Bagi aku lukisan ni boleh tenagkan fikiran aku...biasanya aku akan ambil 3 jam sehari untuk melukis..aku takkan mengantuk. Biasanya 2 atau 3 pagi aku baru tido. Lukisan punya pasal...dari melukis ni la boleh dekatkan kita dengan alam dan benda2 ciptaan Allah yang maha berkuasa. Betapa kayanya allah dengan ciptaan dengan pelbagai bentuk, warna dan gaya. Kita manusia hanya mampu untuk mencipta diatas kertas sahaja atau menggunakan bahan yang ada untuk meniru ciptaannya yang hanya sementara dan tidak kekal sepanjang masa. Dari situ kita boleh belajar pelbagai aspek..kehidupan, alam, dsb. Lukisan kegemaranku adalah pemandangan. Macam2 pelajaran yang kita boleh belajar dari alam. Seronok sangat2.

Walaupun aku baru mengenali alam lukisan ini tapi aku bangga pada diri aku sendiri sebab tiap kali aku lukis mesti cikgu akan tampal dekat dengan coridor tempat orang lalu lalang. Biasanya lukisan tercantik yang ada dekat situ. Aku pernah menang tempat ke-3 dalam lukisan mural..tapi lukisan tu hanya dalam kertas lukisan je la...sebenarnya itu kerja berkumpulan tapi aku offer diri aku untuk buat sendiri. Aku tak boleh la lukis dengan keadaan yang ramai dan bising...hilang idea. Aku siapkan dalam masa 5 jam...dari cari idea, melukis dan mewarna...Aku puas sangat2..tapi yang paling best dan takkan aku lupakan dalam hidup aku, aku terpilih sebagai pelajar Terbaik SPM 1997 dalam matapelajaran Lukisan A1.....best giler coz aku tak sangka aku yang dapat. Rasanya ramai lagi pesaingku...maklumlah aku start ambil matapelajaran lukisan ni tingkatan 4 lagi dan berbeza daripada orang lain yang belajar dari tingkatan 1.

Aku pernah menang tempat ke-2 untuk Pertandingan Mereka Arca Wau. Ni kerja berkumpulan tapi aku rasa seronok sangat sebab leh sumbangkan idea dan wat sama2 dengan kengkawan. Aku rasa lukisan ni tak boleh pisahkan dengan hidup aku..lagi satu aku ni suka ambil gambar cumanya takde budget nak beli camera power, pakai la apa yang ada. Tapi berlainan pula dengan suamiku...dia tak suka bergambar. Tu yang menjadi faktor utama kegemaranku itu tersekat coz kadang2 dia tegur jangan banyak sangat ambil gambar..hehehe...kena ikut lar...Cuma angan-angan ku untuk menjejak kaki ke Balai Seni Lukis Negara tidak tercapai lagi...aku teringin sangat nak pergi...lama dh aku ajak suami tapi tak pernah dia bawak...aku rasa sejak kawin lagi aku ajak....hemmm...entah la tak tau la sampai sana biler...Aku ni pantang kalau ada cerita pasal lukisan, mana2 tempat yang ada lukisan ni memang aku akan berhenti tengok. Last aku tengok lukisan dekat SACC Mall, Shah Alam. Dekat situ ada kedai menjual lukisan...geramnya aku tengok gambar2 tu...jual lukisan ni mahal tau...kadang2 harga sebuah lukisan boleh mencecah puluhan ribu...

Aku boleh bezakan kengkawan aku yang suka lukisan dengan tidak. Aku lebih suka bercerita ttg lukisan ni dgn org yang faham dan boleh menjiwai apa itu lukisan. Sebab kita boleh melihat lukisan tu bukan sahaja pada apa yang dipaparkan tapi faham maksud tersirat disebalik lukisan tu. tu yang kadang2 aku tengok sesuatu objek tu aku boleh nampak banyak benda dalam objek tu....bukan hanya satu....hehehehe...hati2 pada orang yang tak mendalami sesuatu lukisan. Kadang2 aku leh tergelak sendiri tengok sesuatu corak tak kisah la org tu lukis atau ada pada pakaian atau barang2 peribadi.

Antara lukisan yang aku sempat search dalam internet...









Dan ini adalah Plug yang aku terima sebagai Pelajar Terbaik SPM 1997. Aku akan simpan sebagai kenangan sepanjang hidupku dan inilah bukti bahawa melukis adalah sebahagian daripada hidupku..







Hari Konvo

Akhir bulan lepas aku konvo....(tak sempat aku nak citer dalam blog...busy sikit...citer lama la ni) first time la katakan...mcm2 rasa masa tunggu dalam dewan tu...kengkawan sume muda2 lagi..aku rasa Diploma of Information Technology (DIT) ni graduan yang paling sikit. Sume 13 orang tapi yg datang 7 orang je... Aku orang paling 'matang' dalam group tu...maklumla sume teruna dan anak dara lagi...hehehehe....

Tapi aku lagi bangga coz aku leh sambut hari tu dengan suami dan anak2...n family sekali. Dia orang cuma ada family je...tapi aku tengok yang paling xcited Athirah la...nampak je aku terus nak ikut coz masa aku dalam dewan, kakak aku yang jaga dia. Menjerit2 dia nak ikut aku...last2 aku paling banyak ambil gambar dengan dia. Than dia sorang je yang leh pegang folder yang aku dapat, orang lain jangan ambik...kakak aku nk action ambik gambar pegang benda tu pun dia tak bagi....memang bertuah punya budak...aku dukung dia pun sume orang tengok...tapi aku rasa bangga sebab aku dah buktikan aku boleh capai apa yang aku impikan walaupun aku dah berkeluarga. Meang penat belajo bila dh berkeluarga lagi2 kita bekerja. Bayangkan aku pegang jawatan sebagai Pekerja, Pelajar, Ibu dan Isteri dalam satu masa. Banyak perlu korbankan masa dan aku rasa yang paling penting support dari family...dia orang gak yang jadi pendorong aku untuk terus belajar.

Masa hari konvo tu aku tak la banyak sangat bergambar coz sume dah balik so yang tinggal 3 orang je....nasib baik suami aku bagi ambil gambar dengan kengkawan. takut gak dia bising...tapi nasib baik ok.....dia la yang jadi cameraman hari tu...

Apa pun thanks for my family, lecturer, classmate and officemate yang banyak membantu sepanjang aku meneruskan pengajian ni. I'm appreciated all. Ni la gambar2 yang sempat diambil oleh kawanku Zubaidah. Gambar camera aku masih belum upload lagi..


Aku n mama
Aku n suami

Aku n family

Bersama ayah n anak2 terunaku

Fong, Zubaidah n aku




Bersama kawan baikku Zubaidah

Fong n aku

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidiladha kembali

Semalam 10 Zulhijjah 1431H/17 November 2010, seluruh umat islam merayakan hari yang penuh bermakna mengikut bulan islam. Sperti tahun-tahun yang lalu, kebiasaannya raya di Selangor ni biasa je tak semeriah beraya di Kelantan n Terengganu n tempat2 yang sewaktu dengannya. Raya tahun ni aku kena masak sendiri, maklum la dah ada rumah sendiri. Malam raya tu aku masak dengan suami..menunya...nasi impit, kuah kacang, masak lodeh dan rendang ayam. Pagi tu aku goreng burung puyuh goreng rempah..

Pagi raya suami kena keje pagi, so pagi2 dia kena hantar najmi pergi rumah mama sebab nak sembahyang raya..Nabil lak bangun lambat, kebetulan masa dia baru bangun adik bongsuku datang hantar makanan so dia balik nabil ikut sekali...sempat la pagi tu aku berkemas rumah lagi pun Athirah tido. Penat gak la dari pagi kemas tak siap-siap. bahagian luar aku tak sentuh langsung...penat dah...aku tengok rumput pun dh nak start panjang...bunga n pokok???....hehehe dh kena hujan so tak yah la aku siram...

Jiran sebelah rumah aku ni orang Kelantan dan Terengganu. Tahun ni dia tak balik coz tak dapat cuti....dia kata first time sambut Aidiladha dkt Selangor tapi tak meriah la macam dkt kampung dia. Aku pun jawap selalu dekat sini memang tak de apa. Yang ada cume orang buat ibadah korban je lepas tu memang takde pe...cumanya anak2 akan balik rumah orang tua la....aku senyum je lepas tu..... Aku pun sebenarnya macam teringin gak nak tengok dan rasai suasana Aidiladha dekat Kelantan n Terengganu ni tapi takde lak sedara dekat belah sana..kawan2 ada la. Saje je nak tahu kemeriahan n cara2 dia orang buat korban ni....Aku dengar macam meriah je....nak buat macamana kan dengar je la yang aku boleh buat...lagipun aku rasa dekat sana orang lebih faham dengan apa itu korban sebab Rasullah pun kata Aidiladaha adala perayaan umatku... sekarang ni orang akan campurkan adat dengan hukum....tapi biasanya adat la yang dipertahankan. Keluarga aku pun kadang-kadang tak terlepas dengan benda-benda tu....

Berbalik citer raya aku semalam....dalam pukul 12.30 kakak aku datang ambik aku pergi rumah mama n balik petang, suami aku jemput lepas balik kerja. Dalam pukul 6.30 petang aku bertolak pergi rumah mertua lak n balik kul 10.30 malam. Sampai umah dalam kul 11.30 mlm.. Aku tak larat rasanya...balik2 aku terus tido...kesian dengan suami coz aku tak sempat nak borak dengan dia. mengantuk sangat2... Aku rasa dia tido lambat coz aku sedar2 dah terpasang lampu tido bilik... hehehe...

Alangkah indahnya jika kita tahu dan hayati makna Aidiladha ni. Orang biasa akan kaitkan dengan pengorbanan. Banyak pengorbanan yang boleh kita kategorikan cumanya keikhlasan dan ketekunan seseorang itu yang membezakan pengorbanan tu bermakna pada diri dia atau tak. Dan kita sebagai manusia perlu menghargai pengorbanan yang orang lakukan untuk kita...jangan diabaikan pengorbanan yang telah diterima...cuba fahami n hargai jika seseorang betul2 mengorbankan sebahagian hidup @ harta @ masa @ yang sewaktu dengannya untuk kita. Jangan pula kita lambat sedar dan hargai pengorbanan yang kita terima... jangan pulak kita nak hargai pengorbanan tu selepas orang yang take care pada kita dah hilang atau tiada...silap2 kita yang menyesal.....Bagi aku cukup la untuk menghormati aku jika seseorang itu rasa aku telah mengorbankan sesuatu untuknya bukan wang ringgit dan pujian yang aku harapkan. 

Semoga pengorbanan yang kita lakukan akan sentiasa diberkati Allah...

Wednesday, November 10, 2010

Birthday Athirah

Hari ni genap setahun umur Athirah 1 Tahun...dh besar anak ummi..rasa macam sekejap je...Aku masih ingat lagi masa lahirkan dia...takkan ku lupakan saat2 tu...Aku rasa risau sangat masa tu sebab Athirah kena paksa keluar sebab air ketuban kurang. Masa tu memang terasa la kena paksa keluar....Alhamdulillah anak ummi selamat dan sihat...

Sekarang ni Athirah dah mula pandai nk berjalan setapak2...aktif dia mengalahkan anak lelaki...tapi cuma satu je yang aku rasa lain...kalau aku nak marah terus tak jadi kalau tengok muka dia....kdg2 dia meragam pun aku boleh senyum tengok gelagat dia...tak tahu lah rasa macam lain sikit dengan dia...mungkin dia perempuan kot....entah la...tapi dia memang rapat dengan aku. Orang kata anak perempuan rapat dengan ayah dan anak lelaki rapat dengan ibu...tapi aku rasa tak...depend gak pada budak tu dan layanan orang tua dia...apa pun ummi doakan agar anak ummi ni jadi orang yang baik, taat pada perintah allah, ayah dan ummi. Moga bila besar nanti jadi orang yang berguna dan menjadi anak yang boleh menjadi kebanggaan ummi dan ayah......Happy Birthday...Nurdini Athirah.....pengarang jantung ummi...








Wednesday, October 20, 2010

Antara Turbo dan Terubok

Semalam aku berborak dengan sahabatku. Dia bercerita tentang tekad untuk melaksanakan apa yangd ia buat tu mesti baik, cepat dan laju..everything perfect..dia kata macam 'turbo'. Aku dengar pun tergelak..lagi satu...aku ni memang suka kenakan orang..rasanya tak sah kalau sehari tak kacau orang...x lengkap hidup. Aku gelakkan dia sampai sakit tekak aku dan aku sindir dia..nk jd turbo ke ikan terubok masin????....hehehehe...

kesian kawan aku tu..tapi aku teringat la dulu2...Kawan-kawan aku ni memang sepesen dengan aku...suka gelakkan angan2 orang tapi kalau difikir balik ada gak positifnya coz kita akan rasa tercabar dan kita akan ada satu matlamat untuk capai benda tu..tapi kalau orang tu pandang negatif..hemmm...tak leh nak wat pe lah.

Tapi itulah hakikat hidup. Cabaran mesti perlu ada kalau tak ada susah nak tahu potensi diri kita. Macam kawan aku angankan tu...nak jadi 'Turbo' bukan 'Terubok'. Hehehe.. Kalau kita definisikan dua benda ni memang jauh sangat perbezaannya. Orang lebih mengenali turbo dari terubok. Orang akan gah dengan turbo dan terubok hanya dijadikan makanan sampingan dan tak semua orang suka kan???.. sebab ianya takde apa yg boleh dibanggakan..cumanya boleh menghilangkan rasa lapar.

Aku harap kengkawan yang kena cabar tu pandai2 la fikir macamana nak capai matlamat yang diimpikan. Jangan 'Turbo' jadi 'Terubok' lak....Good Luck all..

Sunday, October 17, 2010

Surah Al-Mulk

Surah ni Alhamdulillah dh lama aku amalkan. Setakat ni alhamdulillah satu persatu permintaanku termakbul. Walaupun lambat sikit. Aku amalkan surah ni sejak aku sakit dulu. Ada seorang ustaz suruh amalkan surah ni. Sebenarnya banyak lagi surah yang boleh kita jadikan amalan dan surah ni salah satu diantaranya...Moga allah sentiasa memberkati kita...Aminn..
 
Kelebihan Surah Al Mulk. Sebahagian daripadanya. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."

Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
 
Dipetik dari  nuursyifa.blogspot.com
 

Thursday, October 7, 2010

Arif Masuk Wad

Tanggal 5/8/2010, tarikh keramat buat anakku Muhamad Arif Najmi kena tahan dekat wad sebab 'suspek dangue'. Kesian aku tengok dia. Susah hati gak dibuatnya.. walaupun doktor kata OK tapi hati aku tetap risau. Tapi yang tak boleh lupa masa nak kena cucuk untuk masukkan air dekat tangan. Dia punya meronta tak ingat punya... menangis ajak balik dan tendang-tendang suami..Najmi....najmi... Aku tengok kesian ada...nak gelak pun ada tgk gelagat dia.... macam org kena rotan kuatnya..

Sepanjang di hospital memang ambil kesempatan betul dia..manja n mengada-ngada x ingat punya.. dalam masa yang sama anakku yang kecil pun demam gak...so tak dapat jaga arif najmi sepanjang masa. Suami yang jaga dan siang aku akan jenguk dia dan malam jaga yang kecik pulak...letih tak ingat minggu tu. Hari2 kena ulang alik hospital..tapi untuk anak-anakku, aku gagahkan jugak.

Minggu tu memang aku penat sgt2. Kalau siang tak jenguk Arif kesian lak. Hari first masa dekat wad, dia mcm bosan sikit sebab mungkin dia tak leh nak gerak sangat n takde kawan nak main. Masam je muka dia tapi hari ke-2 tu dia mcm ceria sikit coz ada orang lawat dia. Hemm....mcm2 perangai Arif ni...than dia wat perangai lain lak...kalau ayah dia jaga, memang mengada2 tak ingat punya. Semuanya taknak buat sendiri. Nak buang air kena bukak kan seluar, angkatkan dia dr tempat duduk tak nak turun sendiri dari katil dan macam2 lagi la. Aku nampak gak maybe dia rindu dgn aku, time tu aku duduk sebelah dia atas katil than dia letakkan kepada dia atas kaki aku. Aku tanya kenapa letak kepala dkt kaki....Dia pun jawab sambil senyum2 malu "saje je". Tetiba aku rasa naluri keibuanku terusik. Aku jadi sedih. Aku dapat rasakan dia rindu dekat aku sebab biasanya dia akan tido sebelah aku dan kadang2 dia bergesel2 badan untuk aku belai dia....sedih aku time tu....

Alhamdulillah nasib baik leh balik awal sebelum puasa. 8/8/2010 Arif leh keluar wad. Aku rasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan kembali kesihatan kepada anakku.

Lirik Lagu Hanya Takdir - Inteam

Lirik nasyid ni kawan aku yang bagi. Mungkin ini adalah rintihan hati dia yang mungkin ingin meluahkan pada seseorang tapi tak terucap. Tapi mungkin sekadar hiburan je lagu ni. Moga dia sentiasa mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Tapi kalau ini rintihan hati dia, aku harap dia faham yang semua orang sayang dia dan kita memang tak boleh lari dari takdir Allah...semuanya allah dh tentukan.. apa pun Allah paling dekat dengan kita..

Hanya Takdir
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohh ohhhh.

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohhooooo..

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Wednesday, October 6, 2010

Kawan Lama

Hari ni dah 28 Syawal...minggu terakhir orang sambut raya.. sampaikan ada yg masih buat open house hari sabtu n ahad ni..Meriah betul org sekarang sambut raya...terinagt masa kecik2 dlu...org tak ramai buat open house...raya keempat klu pergi raya memang kena gelakkan dgn kawan2. Dia org kata dh habis raya tapi zaman sekarang terbalik lak suasananya...

Kalau rumah orang tua2... memang minggu pertama raya tak leh nak keluar coz ramai tetamu tetapi terbalik lak pada rumah org2 muda..minggu first raya tak ramai yang datang tapi nk habis raya baru kawan2 datang.. maklumlah zaman sekarang orang ramai yang kerja...so kena ikut masa free dan cuti utk melawat rumah kawan2..

Raya tahun ni, kawan2 lama time belajar dulu datang. Seronok rasanya dapat berkumpul dengan dia org.. teringat kenangan lama time duk serumah dan sekelas. Klu dulu masih single dan sekarang masing2 dh ada keluarga....so nampak la meriahnya..

Waktu belajar dulu asalnya kami ada 5 sahabat dan kami ada gelaran masing2. Along, Angah, Alang, Uda dan Acu..tapi dh lama baru Rina joint the group. So terpaksa panggil dia Rina je. Gelaran kami mengikut sape lahir dulu. Along dgn Rina je yang tua sikit dari kami..so yang tua tu along la.......Kami banyak citer, masing2 ada karekter sendiri...macam2... tapi yang paling bising dan banyak cakap Angah dan Ude. kalau dia orang ada memang kecoh..tapi kalau corum dia orang cukup bertiga dengan Along memang gaduh punya...tapi gaduh mulut je...tukang gelak Alang dan Acu...Alang dan Acu ni baik sikit...hehehehe...

Bermula lah citer pasal kawan2 ku ini.....

Along..( Khainunnisa Nasuha Bt Abdullah)

Aku respect dengan Along. Dia istimewa sikit. Dia convert Islam pada tahun 2000 @ 2001 aku lupa lak...tapi hidup dia cukup mencabar. Aku pernah ikut dia belajar agama dekat Cheras. Yang datang semuanya 'org baru dalam islam'. Yang mengajar pun dari kalangan golongan ustaz muallaf yang berkahwin dengan orang melayu. Aku ingat lagi ustaz tu buka kelas di rumah dia je. Sebelah rumah dia buat kelas dan mengajar agama...FOC je. Aku kagum dengan kesungguhan dia satu family membantu golongan ini. Tindakan Along menukar agama memang mendapat tentangan dari keluarga terutamanya mak dia. Satu hari family dia dtg ke kolej untuk selesaikan masalah dia. Kami minta bantuan lecturer dkt situ yang kebetulan dia muallaf gak. Takut aku dengar jeritan mak dia dlm satu bilik marahkan Along....tapi Along cool je...

Berbalik pada cerita Along ni...dia ni baik tapi garang sikit...maklum la anak sulong dalam keluarga....dgn kawan2 pun dia mcm terbawak2 dia punya garang tu yang kadang2 gaduh dengan Angah sebab Angah pun anak sulong. Tapi yang tak tahan kalau dia org berebut pakwa....heeeee....rimas aku...boleh berebut2 pakwa dan sanggup gaduh lagi....lawak2 tapi tu citer lama la...Sekarang Along dah kawin dengan pilihan hati dia dan dikurniakan 3 orang cahayamata..

Along n husband

Angah.. ( Azan Azaridah Jasmin) 

Angah ni berasal dari Perak tapi sekarang duk di Melaka dgn family. Angah ni family business, so dia pandai la bab2 berniaga ni. Dia ni seorang yg suka bercakap dan kadang2 garang sikit. Sekolah rendah dulu dia bersekolah di SRJK Cina so kalau bergaduh dgn Along memang cakap cina. Kita orang yang terpinga2 tak paham.. Angah ni seorang yang berani gak dia pantang org wat benda yang dia tak suka memang kna marah..Kadang2 naik gak angin dia..hehehe...bab bergaya bagi la dekat dia..Mcm2 fesyen dan gaya dia leh wat....maklum la orang cantik...hahaha..

Angah ( Aku ambil gambar ni dalam FB dia...)

Alang....(Elyawati.....aku la tu)

Alang ni orang dia suka senyum, tak banyak cakap dan kadang2 loya buruk sikit...hehehehe...sape tak tahan memang pening kpala la...Kalau Along , Angah, n Uda gaduh Alang la org pertama yg tukang gelak...lawak tgk dia orang gaduh...kadang2 aku rasa macam kecik je perkara tu tapi sampai leh gaduh..Aku sorang je yang ambik course IT...yang lain semuanya Business..tak mcmana tah tersesat...tapi aku boleh masuk dengan dia orang je...tapi yang best kalau ada subject yang sama kami ni akan duk sama satu kelas. kalau lambat masuk kami tak leh nak risau psl tempat coz kawan2 lain akan kosongkan cukup2 tempat untuk kami.hehehe..glamour la masa tu kononnya...senoir2 pun senang kenal kami sebab kemana pun kami bersama...lecturer lagi la kenal...

Cumanya satu je yang aku paling menyampah....kalau bab2 wat salah atau nak minta tolong dgn org yang garang2 aku la yang jadi 'magsa'....semunya takk berani nak cakap....alasan dia orang aku ni lembut nanti mesti dia orang tak marah klu aku yang cakap...hampeh betul dia org ni tau.  tapi aku bersyukur gak aku tak pernah kena marah dengan org yg 'dia org' tak berani nak jumpa tu..hehehe....kna ada skill tu... kadang2 gerun gak nak jumpa dgn org yg tegas n garang ni. Sebab ada org yg jumpa sblm ni kan marah n ada yang kena perli2. nasib baik nasib aku ni lebih baik...Alhamdulillah..... muka membawa ketenangan ni. Sesiapa tengok x jd nak marah trus sejuk je hati (hehehehehe...perasan larrrr. kekekeke)..

Aku n family

Ude..... (Yusliza)

Ude....paling sempoi, selamba dan kadang2 loya buruk gak.. ha lagi satu ada la garang sikit....Dia ni suka wat lawak. Tapi aku banyak simpan dan kongsi suka duka dengan dia. maklum la dulu pernah duk serumah n sebilik dengan dia....tido sama n makan sama gak. Kalau dia sedih dia tak tunjuk dkt orang n cuma aku je yang tahu....hehehehe...Asal dia dari Pahang.... tapi suka berdebat dengan Angah. Ada je benda yang dia orang nk cakap...

Aku teringat dulu masa sebilik...bisanya sblm tido kami berborak dulu..kadang2 sampai tak sedar dh kul 3 pagi tapi memang standard tido 2,3 pagi. Aku ni tdo katil atas n dia katil bawah so klu borak dengar suara je la...tapi kadang2 ada yang cakap sendiri sebab kalau bukan aku yg cakap sorang, Ude lak yang cakap sorang...hehehehe...borak2 sampai tertido...nasib la turn sape yg kna ckp sorang....than sok pagi citer la...mlm tadi ckp sorang2...pas tu gelak sama2...tu lar keje kita orang.. bercakap tak reti nak berhenti...Dua2 suka cakap...haaa padan la muka..

Ude sekarang ni dah pun berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak. Ni nak tunggu masa nak lahirkan no 4 lak...semoga semuanya selamat ya Ude...

Ude dan anak dara dia

Acu... (Shuhaida Ahsan)

Acu ni pendiam orangnya...bijak n suka senyum..dia memang tak banyak cakap. Aku tak pernah berselisih faham dengan dia... kami memang tukang senyum orangnya...yang lain suka bergaduh...so kami la yg kna cool kan...hehehe...Aku berterima kasih dengan Acu n family sebab aku pernah tumpang tido dekat rumah dia coz nak siapkan asignment. Pinjam PC....dulu x de PC so kena g CC wat assignment... Rumah dia time tu dekat Selayang. Hemm..jauh tu..Time tu aku menyewa dkt Jalan Raja Laut belakang The Mall. Baru duk KL so PC memang takde. Ada assignment memang aku duk dekat Lab kalau tak pergi CC. Sampaikan orang yang jaga Lab kenal muka aku ni. Sebenarnya kalau nak book lab kena 3 hari tapi disebabkan aku dh knal time tu gak aku boleh masuk..hehehehe... kadang2 yang jaga macam berat nak bagi tapi aku wat2 la muka kesian...last2 dapat gak...hehehe...aku kdg2 nakal gak....nak hidup...so kena pandai2 la kan???..hehehe...
Antara kami, Acu selalu dapat markah tinggi, ponter dia pun OK. Last aku jumpa dia masa dia kawin 3 tahun lepas. Pas tu lost contact. Dengar2 dia sekarang tengah sambung Master dan bekerja di TV3. Semoga Acu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...

Acu (kiri)  dan kawan dia (Aku ambil gambar ni dalam FB dia..)


Rina... (Sabrina)

Sabrina ni aku anggap mcm kakak coz umur dia tua setahun dari aku. Dia kadang2 moody gak...hehehe....dulu pernah duk serumah so aku tau la dia camne orangnya. Rina berasal dari Sabah n dia pun anak sulung macam Along n Angah so kadang2 nampak la dia punya ketegasan. Tapi paling aku tak leh lupa masa Aku, Uda dan Rina mengajar dekat Sek. Rendah Kelana Jaya 2. Kami jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), so pagi kami g kelas n petang kami mengajar. sekolah pun dekat dengan umah. Aku kena mengajar budak darjah 1,2 dan 3. Ude darjah 2,3 dan 4. Rina lak darjah 5 dan 6. Paling aku kesian dengan Rina la....suatu hari tetiba dia keluar dari kelas, aku tengok muka dia lain je than aku tanya kenapa....rupa2nya dia menangis coz anak murid tak nak dengar cakap dia. Maklum la budak2 kalau dengan guru gantian @ praktikal memang tak nk dengar cakap sangat kan....kesian Rina...menangis dia dlm bilik guru...hehehe...Aku pun faham la keadaan tu coz time sekolah kalau ada guru praktikal @ gantian memang mengada2 sikit dan berani kalau nak buat bising..hehehe...( tgk nakal gak aku ni kan?? ).
Pengalaman mengajar memang tak leh lupa dan last day aku dekat sekolah tu, guru besar panggil kami bertiga dan dia nasihatkan kami kalau nak mengajar, 'First impression' tu penting. Sebelum berdepan dengan pelajar kita kena bersedia dan muka kena buat tegas coz nanti student tak respect kalau kita senyum2...Nasihat tu aku akan ingat sampai bila2. Thanks gak dengan Pengetua coz beri semangat untuk berkecimpung dalam bidang perguruan ini. Siap dia tandatangan surat perlantikan tu dan dia kata kalau nak jadi guru tunjukkan surat ni sebagai bukti kita ada pengalaman mengajar..
Berbalik pada citer Rina ni..time belajar dulu awalnya dia ada geng sendiri so first kenal tak la terus rapat. Dia mula rapat dengan kami selepas kelas kami berpecah antara pelajar IT dan Business. Disitu lah permulaan kami rapat dengan Rina...tu yang dia takde pangkat. Kalau dia rapat awal rasanya dia jadi Angah kot..hemmm...antara kami Rina yang kawin dulu..sekarang pun anak dia dah 2 orang dan dia tinggal di Sg Besi dan bekerja di sini.

Rina dan anak bongsu dia

Sahabat yang tak akan ku lupakan... banyak kenangan aku bersama kalian. Semoga ikatan persahabatan ini akan kekal selamanya... aminn..








Lirik Lagu Tears and Rain

Tears And Rain

How I wish I could surrender my soul;
Shed the clothes that become my skin;
See the liar that burns within my needing.
How I wish I'd chosen darkness from cold.
How I wish I had screamed out loud,
Instead I've found no meaning.

I guess it's time I run far, far away; find comfort in pain,
All pleasure's the same: it just keeps me from trouble.
Hides my true shape, like Dorian Gray.

I've heard what they say, but I'm not here for trouble.
It's more than just words: it's just tears and rain.


How I wish I could walk through the doors of my mind;
Hold memory close at hand,
Help me understand the years.
How I wish I could choose between Heaven and Hell.
How I wish I would save my soul.
I'm so cold from fear.

I guess it's time I run far, far away; find comfort in pain,
All pleasure's the same: it just keeps me from trouble.
Hides my true shape, like Dorian Gray.
I've heard what they say, but I'm not here for trouble.
Far, far away; find comfort in pain.
All pleasure's the same: it just keeps me from trouble.
It's more than just words: it's just tears and rain.

Thursday, September 23, 2010

Syawal 2010

Hari ini sudah 15 Syawal. Aku rasa seronok raya tahun ni.. ada kelainan. Malam raya aku dan suami buat persediaan memasak ketupat, rendang dan masakan lain. Terasa kepuasannya... cumanya rasa sedih ingatkan family walaupun umah dekat je dan lagi sedih kalau dengar lagu raya...sayu rasanya.... mana kawan2 yg dah balik kg tu mesti seronok...tringat gak dekat dia orang. Malam tu gak siapkan berkemas rumah dan isi kuih dalam bekas, semuanya aku buat sendiri..

Persiapan raya tahun ni ala kadar je.. Asalkan baju budak2 ada dh memadai...maklum la baru masuk rumah, budget pun  takde sangat la...paling best tahun ni ada 6 pasang baju raya dan tudung baru...raya sakan la...cuma suami, aku sempat belikan sepasang baju melayu.

Mood anak2 masa raya ni memang ok la...cumanya masa raya yang ke-9, aku pergi Kundang, rumah kawan...Athirah buat ragam...rasanya tu rumah pertama dia buat hal...dia nak minum air sejuk..dia batuk sikit, aku malas la nk bagi so minta tuan rumah air kosong...tapi athirah punya mengamuk nak gak air sejuk tu....guling2 dan hempas2 badan dia...menangis sekuat hati....ya allah malunya aku..anak perempuan meragam sampai cam tu....anak2 yang lain pun wat macam rumah sendiri. Arif makan sampai 3 kali tambah dan Nabil selamba je berlari-lari mcm rumah sendiri. Nasib baik tuan rumah baik..hehehe...maybe anak2 dah kenal kawan aku, tu yang dia orang wat mcm rumah sendiri...sbelum ni dekat rumah orang masing2 tunjuk baik...anak2...

walau apa pun raya tahun ni aku rasa seronok cuma yang sedihnya tak tau la sempat buat puasa 6 ke tak?.. aku ada baca articles, klu nak buat puasa 6 seelok2nya buat puasa ganti dulu baru sambung puasa 6..puasa ganti baru buat 4 hari..mcm x sempat je....rasa kepuasan kalau leh buat...puasa 6 ni setahun sekali je kita leh jumpa. Aku rasa orang lelaki paling beruntung utk dapatkan puasa 6 tu sebab perempuan ni ada masa2 "public holiday nya"(hehehehehehe) lagi2 kalau sampai berbelas hari...jenuh nak ganti.....Aku rasa rugi kalau lelaki ni langsung tak memikirkan untuk berebut2 dan bersungguh2 nak wat. Puasa sunat isnin n khamis bile2 leh wat, maksudnya bukan bulan syawal pun leh wat...peluang puasa 6 ni sebulan je Allah bagi...kan rugi namanya tu kalau tak wat..Aku harap puasa aku tahun ni Allah terima...Aminn...

Ada lagi 14 hari bulan syawal...ada lagi rumah yang aku x pergi lagi...tak tahu lah bila sebab suami kerja tak tentu...takde dia mcm tak best je....start minggu depan dekat office dh start wat makan2 ikut jabatan...heemmm...gemuk la alamatnya...hehehe...tapi x pe lepas ni aku dah berniat untuk buat puasa sunat isnin dan khamis. Lama dah aku tinggalkan amalan tu...Allahuakbar...

Raya n puasa tahun ni memang bayak kenangan. Aku tak akan lupakan semuanya hingga akhir hayatku...Ya Allah terima kasih kerana bagi aku peluang untuk menikmati semua ini....

Tuesday, August 24, 2010

Lirik Lagu Nasyid

Permata Yang Dicari


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)

Dengar lagu Klik disini

Monday, August 23, 2010

Lirik Lagu..

Uji rashid ni memang salah seorang artis lama yang aku minat lagu-lagu dia.

Semakin Hari Semakin Sayang Oleh Uji Rashid


Bila memandang gambarmu
Hatiku rasa terharu
Senyuman dibibirmu
Menawan kalbu

Mengapa hanya bayangan
Tak sanggup berjauhan
Andainya kita bersua
Betapa mesra
( korus )

Kudampingimu oh sayang
Hatiku berlagu riang
Teringat malam dan siang
Bertambah sayang
( korus 2 )

Sungguh ku terpesona
Terasa kau bersama
Memberi kucupan mesra
Daku bahgia

Semakin hari kukenang
Jiwaku rasa tak senang
Semakin hari kupandang
Semakin sayang...

( ulang dari korus )

Semakin sayang...( 2X )


Untuk dengar click disini

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan DaTaNg LaGi

Ramadan datang lagi. hari ni dah 2 Ramadan. Kenangan 1 Ramadan tahun ni memang berbeza sikit. First aku dh pindah rumah baru so berbuka pun dengan suami dan anak2 je. lain la suasana tu coz selalu dengan family. Berbuka semalam memang menggelikan hati aku. nak marah pun tak boleh. First time anak bongsuku menyambut Ramadan. Memang pening kepala tengok. Dia dah pandai makan so kalau orang makan dia pun nak. suamiku beli kuih dan aku hidangkan dengan plastik2 sekali tapi letak dalam pinggan la coz aku dh terasa anak2 aku akan wat main2 je. Athirah ni memang cepat je tangan dia. Dia capai kuih dalam plastik tu dan goncang2kan plastik tu sampai kuih tu 'terbang' keluar. Nasib baik jatuh dalam pinggan. Than aku pun cakap dengan dia "La ila ha illallah" dengan muka serius. Dia pun terus gerakkan badan kanan kiri mcm selalu kalau aku sebut "La ila ha illallah". Pas tu wat muka macam orang tak bersalah. Saba je aku tengok. Dia ingat aku main2. Terasa la gak makan kuih terbang. Macam-macam gelagat anak2 ni la.

Rumah aku ni belum beli meja makan. So, makan la  dekat bawah. Mula2 makan semua hidangan dekat tengah. Last2 semuanya ketepi. Laju sangat menepis pinggan, sekali lagi kuih terpelanting atas tikar....heeee...budak bertuah la dia ni....Nasib baik guna cawan plastik, tak la pecah Athirah baling. Dah macam padang permainan Athirah lak rasa semalam.

Aku berharap Ramadan kali ni lebih bermakna. Moga Allah berkati ku sekeluarga dan aku berharap Ramadan kali ni lebih baik dari tahun-tahun lepas. Aku berharap tahun ni aku bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Satu malam yang baik dari seribu bulan. Dah lama aku tunggu saat2 ni tapi aku bukan dalam kalangan orang terpilih. Moga Allah makbulkan doaku ini.

Semalam aku gembira gak coz kawan lama aku bg tau dia dah bertunang. Hehe... semoga kebahagiaan milik bersama.....

Ahlan wasahlan Ya Ramadan...

Tuesday, July 27, 2010

Articles dari facebook

Menarik pulak tengok articles ni dalam facebook. Tak ramai rasanya yang berfikiran macam ni. Alangkah indahnya kalau apa yang kita buat tu tak menjadi kesalahan disisi agama. "Ya allah lindungi diriku dari melakukan perkara yang tidak baik. Tetapkan imanku, tenangkan hatiku, ampunkan dosaku dan berikanlah kebahagiaan didunia dan akhirat"... amin...


Monday, June 21, 2010

7th Anniversary



Tanggal 21 Jun 2010, sudah 7 tahun usia perkahwinanku. Aku rasakan cepat benar masa berlalu. Kini, dengan kehadiran 3 orang cahayamata aku rasakan hidupku telah sempurna apatah lagi dengan kehadiran Nurdini Athirah 7 bulan yang lepas.
Dalam meniti perjalanan hidup ini, pelbagai dugaan telah ku lalui..suka dan duka..kadang2 sesuatu perkara yang terjadi boleh mematangkan kita dan pengalaman yang dilalui kadangkala mengajar kita tentang hidup. ibaratnya..dari mula belajar merangkak hingga berjalan..pelbagai perkara yang telah dilalui..

Dari duduk serumah dengan orang tua, tahun ni aku sudah memiliki rumah sendiri..merasai hidup bersama anak-anak. Bebas buat apa yang kita suka..
Dari mempunyai kereta satria telah bertukar waja dan kini memiliki sebuah lagi kereta viva..
Dari gaji 3 angka kini susah 4 angka..
Dari pangkat rendah telah naik sedikit..

Alhamdulillah rezeki makin bertambah..buat suamiku, aku harap agar kita sama-sama menjaga ikatan yang terjalin ini. semoga menjadi suami yang boleh membimbing keluarga dan menjadi orang yang sabar dalam menjalani kehidupan seharian...walau apa pun 'Terima Kasih' diatas segala pengorbanan yang telah diberikan. Semoga menjadi suami yang baik untuk 'elya' dan anak-anak.