Wednesday, October 20, 2010

Antara Turbo dan Terubok

Semalam aku berborak dengan sahabatku. Dia bercerita tentang tekad untuk melaksanakan apa yangd ia buat tu mesti baik, cepat dan laju..everything perfect..dia kata macam 'turbo'. Aku dengar pun tergelak..lagi satu...aku ni memang suka kenakan orang..rasanya tak sah kalau sehari tak kacau orang...x lengkap hidup. Aku gelakkan dia sampai sakit tekak aku dan aku sindir dia..nk jd turbo ke ikan terubok masin????....hehehehe...

kesian kawan aku tu..tapi aku teringat la dulu2...Kawan-kawan aku ni memang sepesen dengan aku...suka gelakkan angan2 orang tapi kalau difikir balik ada gak positifnya coz kita akan rasa tercabar dan kita akan ada satu matlamat untuk capai benda tu..tapi kalau orang tu pandang negatif..hemmm...tak leh nak wat pe lah.

Tapi itulah hakikat hidup. Cabaran mesti perlu ada kalau tak ada susah nak tahu potensi diri kita. Macam kawan aku angankan tu...nak jadi 'Turbo' bukan 'Terubok'. Hehehe.. Kalau kita definisikan dua benda ni memang jauh sangat perbezaannya. Orang lebih mengenali turbo dari terubok. Orang akan gah dengan turbo dan terubok hanya dijadikan makanan sampingan dan tak semua orang suka kan???.. sebab ianya takde apa yg boleh dibanggakan..cumanya boleh menghilangkan rasa lapar.

Aku harap kengkawan yang kena cabar tu pandai2 la fikir macamana nak capai matlamat yang diimpikan. Jangan 'Turbo' jadi 'Terubok' lak....Good Luck all..

Sunday, October 17, 2010

Surah Al-Mulk

Surah ni Alhamdulillah dh lama aku amalkan. Setakat ni alhamdulillah satu persatu permintaanku termakbul. Walaupun lambat sikit. Aku amalkan surah ni sejak aku sakit dulu. Ada seorang ustaz suruh amalkan surah ni. Sebenarnya banyak lagi surah yang boleh kita jadikan amalan dan surah ni salah satu diantaranya...Moga allah sentiasa memberkati kita...Aminn..
 
Kelebihan Surah Al Mulk. Sebahagian daripadanya. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."

Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
 
Dipetik dari  nuursyifa.blogspot.com
 

Thursday, October 7, 2010

Arif Masuk Wad

Tanggal 5/8/2010, tarikh keramat buat anakku Muhamad Arif Najmi kena tahan dekat wad sebab 'suspek dangue'. Kesian aku tengok dia. Susah hati gak dibuatnya.. walaupun doktor kata OK tapi hati aku tetap risau. Tapi yang tak boleh lupa masa nak kena cucuk untuk masukkan air dekat tangan. Dia punya meronta tak ingat punya... menangis ajak balik dan tendang-tendang suami..Najmi....najmi... Aku tengok kesian ada...nak gelak pun ada tgk gelagat dia.... macam org kena rotan kuatnya..

Sepanjang di hospital memang ambil kesempatan betul dia..manja n mengada-ngada x ingat punya.. dalam masa yang sama anakku yang kecil pun demam gak...so tak dapat jaga arif najmi sepanjang masa. Suami yang jaga dan siang aku akan jenguk dia dan malam jaga yang kecik pulak...letih tak ingat minggu tu. Hari2 kena ulang alik hospital..tapi untuk anak-anakku, aku gagahkan jugak.

Minggu tu memang aku penat sgt2. Kalau siang tak jenguk Arif kesian lak. Hari first masa dekat wad, dia mcm bosan sikit sebab mungkin dia tak leh nak gerak sangat n takde kawan nak main. Masam je muka dia tapi hari ke-2 tu dia mcm ceria sikit coz ada orang lawat dia. Hemm....mcm2 perangai Arif ni...than dia wat perangai lain lak...kalau ayah dia jaga, memang mengada2 tak ingat punya. Semuanya taknak buat sendiri. Nak buang air kena bukak kan seluar, angkatkan dia dr tempat duduk tak nak turun sendiri dari katil dan macam2 lagi la. Aku nampak gak maybe dia rindu dgn aku, time tu aku duduk sebelah dia atas katil than dia letakkan kepada dia atas kaki aku. Aku tanya kenapa letak kepala dkt kaki....Dia pun jawab sambil senyum2 malu "saje je". Tetiba aku rasa naluri keibuanku terusik. Aku jadi sedih. Aku dapat rasakan dia rindu dekat aku sebab biasanya dia akan tido sebelah aku dan kadang2 dia bergesel2 badan untuk aku belai dia....sedih aku time tu....

Alhamdulillah nasib baik leh balik awal sebelum puasa. 8/8/2010 Arif leh keluar wad. Aku rasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan kembali kesihatan kepada anakku.

Lirik Lagu Hanya Takdir - Inteam

Lirik nasyid ni kawan aku yang bagi. Mungkin ini adalah rintihan hati dia yang mungkin ingin meluahkan pada seseorang tapi tak terucap. Tapi mungkin sekadar hiburan je lagu ni. Moga dia sentiasa mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Tapi kalau ini rintihan hati dia, aku harap dia faham yang semua orang sayang dia dan kita memang tak boleh lari dari takdir Allah...semuanya allah dh tentukan.. apa pun Allah paling dekat dengan kita..

Hanya Takdir
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohh ohhhh.

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohhooooo..

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Wednesday, October 6, 2010

Kawan Lama

Hari ni dah 28 Syawal...minggu terakhir orang sambut raya.. sampaikan ada yg masih buat open house hari sabtu n ahad ni..Meriah betul org sekarang sambut raya...terinagt masa kecik2 dlu...org tak ramai buat open house...raya keempat klu pergi raya memang kena gelakkan dgn kawan2. Dia org kata dh habis raya tapi zaman sekarang terbalik lak suasananya...

Kalau rumah orang tua2... memang minggu pertama raya tak leh nak keluar coz ramai tetamu tetapi terbalik lak pada rumah org2 muda..minggu first raya tak ramai yang datang tapi nk habis raya baru kawan2 datang.. maklumlah zaman sekarang orang ramai yang kerja...so kena ikut masa free dan cuti utk melawat rumah kawan2..

Raya tahun ni, kawan2 lama time belajar dulu datang. Seronok rasanya dapat berkumpul dengan dia org.. teringat kenangan lama time duk serumah dan sekelas. Klu dulu masih single dan sekarang masing2 dh ada keluarga....so nampak la meriahnya..

Waktu belajar dulu asalnya kami ada 5 sahabat dan kami ada gelaran masing2. Along, Angah, Alang, Uda dan Acu..tapi dh lama baru Rina joint the group. So terpaksa panggil dia Rina je. Gelaran kami mengikut sape lahir dulu. Along dgn Rina je yang tua sikit dari kami..so yang tua tu along la.......Kami banyak citer, masing2 ada karekter sendiri...macam2... tapi yang paling bising dan banyak cakap Angah dan Ude. kalau dia orang ada memang kecoh..tapi kalau corum dia orang cukup bertiga dengan Along memang gaduh punya...tapi gaduh mulut je...tukang gelak Alang dan Acu...Alang dan Acu ni baik sikit...hehehehe...

Bermula lah citer pasal kawan2 ku ini.....

Along..( Khainunnisa Nasuha Bt Abdullah)

Aku respect dengan Along. Dia istimewa sikit. Dia convert Islam pada tahun 2000 @ 2001 aku lupa lak...tapi hidup dia cukup mencabar. Aku pernah ikut dia belajar agama dekat Cheras. Yang datang semuanya 'org baru dalam islam'. Yang mengajar pun dari kalangan golongan ustaz muallaf yang berkahwin dengan orang melayu. Aku ingat lagi ustaz tu buka kelas di rumah dia je. Sebelah rumah dia buat kelas dan mengajar agama...FOC je. Aku kagum dengan kesungguhan dia satu family membantu golongan ini. Tindakan Along menukar agama memang mendapat tentangan dari keluarga terutamanya mak dia. Satu hari family dia dtg ke kolej untuk selesaikan masalah dia. Kami minta bantuan lecturer dkt situ yang kebetulan dia muallaf gak. Takut aku dengar jeritan mak dia dlm satu bilik marahkan Along....tapi Along cool je...

Berbalik pada cerita Along ni...dia ni baik tapi garang sikit...maklum la anak sulong dalam keluarga....dgn kawan2 pun dia mcm terbawak2 dia punya garang tu yang kadang2 gaduh dengan Angah sebab Angah pun anak sulong. Tapi yang tak tahan kalau dia org berebut pakwa....heeeee....rimas aku...boleh berebut2 pakwa dan sanggup gaduh lagi....lawak2 tapi tu citer lama la...Sekarang Along dah kawin dengan pilihan hati dia dan dikurniakan 3 orang cahayamata..

Along n husband

Angah.. ( Azan Azaridah Jasmin) 

Angah ni berasal dari Perak tapi sekarang duk di Melaka dgn family. Angah ni family business, so dia pandai la bab2 berniaga ni. Dia ni seorang yg suka bercakap dan kadang2 garang sikit. Sekolah rendah dulu dia bersekolah di SRJK Cina so kalau bergaduh dgn Along memang cakap cina. Kita orang yang terpinga2 tak paham.. Angah ni seorang yang berani gak dia pantang org wat benda yang dia tak suka memang kna marah..Kadang2 naik gak angin dia..hehehe...bab bergaya bagi la dekat dia..Mcm2 fesyen dan gaya dia leh wat....maklum la orang cantik...hahaha..

Angah ( Aku ambil gambar ni dalam FB dia...)

Alang....(Elyawati.....aku la tu)

Alang ni orang dia suka senyum, tak banyak cakap dan kadang2 loya buruk sikit...hehehehe...sape tak tahan memang pening kpala la...Kalau Along , Angah, n Uda gaduh Alang la org pertama yg tukang gelak...lawak tgk dia orang gaduh...kadang2 aku rasa macam kecik je perkara tu tapi sampai leh gaduh..Aku sorang je yang ambik course IT...yang lain semuanya Business..tak mcmana tah tersesat...tapi aku boleh masuk dengan dia orang je...tapi yang best kalau ada subject yang sama kami ni akan duk sama satu kelas. kalau lambat masuk kami tak leh nak risau psl tempat coz kawan2 lain akan kosongkan cukup2 tempat untuk kami.hehehe..glamour la masa tu kononnya...senoir2 pun senang kenal kami sebab kemana pun kami bersama...lecturer lagi la kenal...

Cumanya satu je yang aku paling menyampah....kalau bab2 wat salah atau nak minta tolong dgn org yang garang2 aku la yang jadi 'magsa'....semunya takk berani nak cakap....alasan dia orang aku ni lembut nanti mesti dia orang tak marah klu aku yang cakap...hampeh betul dia org ni tau.  tapi aku bersyukur gak aku tak pernah kena marah dengan org yg 'dia org' tak berani nak jumpa tu..hehehe....kna ada skill tu... kadang2 gerun gak nak jumpa dgn org yg tegas n garang ni. Sebab ada org yg jumpa sblm ni kan marah n ada yang kena perli2. nasib baik nasib aku ni lebih baik...Alhamdulillah..... muka membawa ketenangan ni. Sesiapa tengok x jd nak marah trus sejuk je hati (hehehehehe...perasan larrrr. kekekeke)..

Aku n family

Ude..... (Yusliza)

Ude....paling sempoi, selamba dan kadang2 loya buruk gak.. ha lagi satu ada la garang sikit....Dia ni suka wat lawak. Tapi aku banyak simpan dan kongsi suka duka dengan dia. maklum la dulu pernah duk serumah n sebilik dengan dia....tido sama n makan sama gak. Kalau dia sedih dia tak tunjuk dkt orang n cuma aku je yang tahu....hehehehe...Asal dia dari Pahang.... tapi suka berdebat dengan Angah. Ada je benda yang dia orang nk cakap...

Aku teringat dulu masa sebilik...bisanya sblm tido kami berborak dulu..kadang2 sampai tak sedar dh kul 3 pagi tapi memang standard tido 2,3 pagi. Aku ni tdo katil atas n dia katil bawah so klu borak dengar suara je la...tapi kadang2 ada yang cakap sendiri sebab kalau bukan aku yg cakap sorang, Ude lak yang cakap sorang...hehehehe...borak2 sampai tertido...nasib la turn sape yg kna ckp sorang....than sok pagi citer la...mlm tadi ckp sorang2...pas tu gelak sama2...tu lar keje kita orang.. bercakap tak reti nak berhenti...Dua2 suka cakap...haaa padan la muka..

Ude sekarang ni dah pun berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak. Ni nak tunggu masa nak lahirkan no 4 lak...semoga semuanya selamat ya Ude...

Ude dan anak dara dia

Acu... (Shuhaida Ahsan)

Acu ni pendiam orangnya...bijak n suka senyum..dia memang tak banyak cakap. Aku tak pernah berselisih faham dengan dia... kami memang tukang senyum orangnya...yang lain suka bergaduh...so kami la yg kna cool kan...hehehe...Aku berterima kasih dengan Acu n family sebab aku pernah tumpang tido dekat rumah dia coz nak siapkan asignment. Pinjam PC....dulu x de PC so kena g CC wat assignment... Rumah dia time tu dekat Selayang. Hemm..jauh tu..Time tu aku menyewa dkt Jalan Raja Laut belakang The Mall. Baru duk KL so PC memang takde. Ada assignment memang aku duk dekat Lab kalau tak pergi CC. Sampaikan orang yang jaga Lab kenal muka aku ni. Sebenarnya kalau nak book lab kena 3 hari tapi disebabkan aku dh knal time tu gak aku boleh masuk..hehehehe... kadang2 yang jaga macam berat nak bagi tapi aku wat2 la muka kesian...last2 dapat gak...hehehe...aku kdg2 nakal gak....nak hidup...so kena pandai2 la kan???..hehehe...
Antara kami, Acu selalu dapat markah tinggi, ponter dia pun OK. Last aku jumpa dia masa dia kawin 3 tahun lepas. Pas tu lost contact. Dengar2 dia sekarang tengah sambung Master dan bekerja di TV3. Semoga Acu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...

Acu (kiri)  dan kawan dia (Aku ambil gambar ni dalam FB dia..)


Rina... (Sabrina)

Sabrina ni aku anggap mcm kakak coz umur dia tua setahun dari aku. Dia kadang2 moody gak...hehehe....dulu pernah duk serumah so aku tau la dia camne orangnya. Rina berasal dari Sabah n dia pun anak sulung macam Along n Angah so kadang2 nampak la dia punya ketegasan. Tapi paling aku tak leh lupa masa Aku, Uda dan Rina mengajar dekat Sek. Rendah Kelana Jaya 2. Kami jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), so pagi kami g kelas n petang kami mengajar. sekolah pun dekat dengan umah. Aku kena mengajar budak darjah 1,2 dan 3. Ude darjah 2,3 dan 4. Rina lak darjah 5 dan 6. Paling aku kesian dengan Rina la....suatu hari tetiba dia keluar dari kelas, aku tengok muka dia lain je than aku tanya kenapa....rupa2nya dia menangis coz anak murid tak nak dengar cakap dia. Maklum la budak2 kalau dengan guru gantian @ praktikal memang tak nk dengar cakap sangat kan....kesian Rina...menangis dia dlm bilik guru...hehehe...Aku pun faham la keadaan tu coz time sekolah kalau ada guru praktikal @ gantian memang mengada2 sikit dan berani kalau nak buat bising..hehehe...( tgk nakal gak aku ni kan?? ).
Pengalaman mengajar memang tak leh lupa dan last day aku dekat sekolah tu, guru besar panggil kami bertiga dan dia nasihatkan kami kalau nak mengajar, 'First impression' tu penting. Sebelum berdepan dengan pelajar kita kena bersedia dan muka kena buat tegas coz nanti student tak respect kalau kita senyum2...Nasihat tu aku akan ingat sampai bila2. Thanks gak dengan Pengetua coz beri semangat untuk berkecimpung dalam bidang perguruan ini. Siap dia tandatangan surat perlantikan tu dan dia kata kalau nak jadi guru tunjukkan surat ni sebagai bukti kita ada pengalaman mengajar..
Berbalik pada citer Rina ni..time belajar dulu awalnya dia ada geng sendiri so first kenal tak la terus rapat. Dia mula rapat dengan kami selepas kelas kami berpecah antara pelajar IT dan Business. Disitu lah permulaan kami rapat dengan Rina...tu yang dia takde pangkat. Kalau dia rapat awal rasanya dia jadi Angah kot..hemmm...antara kami Rina yang kawin dulu..sekarang pun anak dia dah 2 orang dan dia tinggal di Sg Besi dan bekerja di sini.

Rina dan anak bongsu dia

Sahabat yang tak akan ku lupakan... banyak kenangan aku bersama kalian. Semoga ikatan persahabatan ini akan kekal selamanya... aminn..








Lirik Lagu Tears and Rain

Tears And Rain

How I wish I could surrender my soul;
Shed the clothes that become my skin;
See the liar that burns within my needing.
How I wish I'd chosen darkness from cold.
How I wish I had screamed out loud,
Instead I've found no meaning.

I guess it's time I run far, far away; find comfort in pain,
All pleasure's the same: it just keeps me from trouble.
Hides my true shape, like Dorian Gray.

I've heard what they say, but I'm not here for trouble.
It's more than just words: it's just tears and rain.


How I wish I could walk through the doors of my mind;
Hold memory close at hand,
Help me understand the years.
How I wish I could choose between Heaven and Hell.
How I wish I would save my soul.
I'm so cold from fear.

I guess it's time I run far, far away; find comfort in pain,
All pleasure's the same: it just keeps me from trouble.
Hides my true shape, like Dorian Gray.
I've heard what they say, but I'm not here for trouble.
Far, far away; find comfort in pain.
All pleasure's the same: it just keeps me from trouble.
It's more than just words: it's just tears and rain.