Thursday, October 7, 2010

Arif Masuk Wad

Tanggal 5/8/2010, tarikh keramat buat anakku Muhamad Arif Najmi kena tahan dekat wad sebab 'suspek dangue'. Kesian aku tengok dia. Susah hati gak dibuatnya.. walaupun doktor kata OK tapi hati aku tetap risau. Tapi yang tak boleh lupa masa nak kena cucuk untuk masukkan air dekat tangan. Dia punya meronta tak ingat punya... menangis ajak balik dan tendang-tendang suami..Najmi....najmi... Aku tengok kesian ada...nak gelak pun ada tgk gelagat dia.... macam org kena rotan kuatnya..

Sepanjang di hospital memang ambil kesempatan betul dia..manja n mengada-ngada x ingat punya.. dalam masa yang sama anakku yang kecil pun demam gak...so tak dapat jaga arif najmi sepanjang masa. Suami yang jaga dan siang aku akan jenguk dia dan malam jaga yang kecik pulak...letih tak ingat minggu tu. Hari2 kena ulang alik hospital..tapi untuk anak-anakku, aku gagahkan jugak.

Minggu tu memang aku penat sgt2. Kalau siang tak jenguk Arif kesian lak. Hari first masa dekat wad, dia mcm bosan sikit sebab mungkin dia tak leh nak gerak sangat n takde kawan nak main. Masam je muka dia tapi hari ke-2 tu dia mcm ceria sikit coz ada orang lawat dia. Hemm....mcm2 perangai Arif ni...than dia wat perangai lain lak...kalau ayah dia jaga, memang mengada2 tak ingat punya. Semuanya taknak buat sendiri. Nak buang air kena bukak kan seluar, angkatkan dia dr tempat duduk tak nak turun sendiri dari katil dan macam2 lagi la. Aku nampak gak maybe dia rindu dgn aku, time tu aku duduk sebelah dia atas katil than dia letakkan kepada dia atas kaki aku. Aku tanya kenapa letak kepala dkt kaki....Dia pun jawab sambil senyum2 malu "saje je". Tetiba aku rasa naluri keibuanku terusik. Aku jadi sedih. Aku dapat rasakan dia rindu dekat aku sebab biasanya dia akan tido sebelah aku dan kadang2 dia bergesel2 badan untuk aku belai dia....sedih aku time tu....

Alhamdulillah nasib baik leh balik awal sebelum puasa. 8/8/2010 Arif leh keluar wad. Aku rasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan kembali kesihatan kepada anakku.

No comments: