Tuesday, July 23, 2013

Antara Sahabat Dan Kawan

Kadang-kadang manusia sering kali lupa pada erti persahabatan, tatkala susah sentiasa dalam ingatan tapi dah senang lupa...lupa saat-saat diberi pertolongan, lupa saat-saat diberi perlindungan, lupa saat-saat diberi peringatan yang baik, lupa saat-saat gelak dan tawa. Semua perkara yang indah dilupakan dengan sekelip mata tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Antara Sahabat dan Kawan sebenarnya memberi maksud yang berbeza. Kawan boleh kita temui dimana-mana tapi sahabat terlalu sukar untuk ditemui. Sukar untuk menemui orang yang betul2 boleh dipercayai dan tak mengkhiyanati kita sebagai seorang yang paling rapat.


SAHABAT..

Sahabat adalah teman yang paling rapat dalam hidup kita, bak kata orang akan sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat seorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga seringkali akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih dan terluka. Nilai seorang sahabat susah untuk dicari dan mungkin jika hilang sukar untuk ditukar ganti. Sahabat umpama 1000 orang kawan.

Tapi dalam keadaan sekarang ni, susah kita nak mencari sahabat yang betul2 ikhlas dalam bersahabat. Bersahabat bukan kerana keikhlasan tetapi mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain....pandai berbicara dan memujuk semata-mata untuk menjaga kepentingan peribadi....sekali terluka kesannya amatlah dalam dan sukar untuk dilupakan..walaupun ianya boleh dimaafkan diatas belas dan keutuhan erti persahabatan tetapi ianya tetap menjadi kenangan sepanjang hidup.



Sahabat Sejati sebenarnya bukan sahaja sahabat yang mengajak kita kearah duniawi sahaja tetapi tetap mengingatkan kita tentang akhirat..alam yang sentiasa menanti kita tetapi kita tidak pasti bila akan kesana cumanya kita kena ingat alam itu sentiasa dekat dengan kita.


Berikut keterangan Imam al-Ghazali tentang siapakah sahabat sejati.


1.Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu;

2.Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu;

3.Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya;

4.Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik;

5.Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu;

6.Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka ia akan berupaya menutupinya;

7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh;

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;

9.Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;

10.Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu;

11.Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu;

12.Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.




“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)




KAWAN..

Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja dan akan terus berlalu meninggalkan kita keseorangan....kawan tidak serapat seperti sahabat..kalau hati kita dilukai...kesannya hanya mengambil masa yang pendek untuk hati kita berbaik semula..

TAK semua kawan boleh jadi RAKAN,

TAK semua rakan boleh jadi TEMAN,

TAK semua teman boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT,

Hargailah sahabat....hayati erti sebuah persahabatan. Bersahabat kerana Allah akan lebih bahagia dan tenang selamanya selagi hubungan itu dijaga dengan baik..

Lirik lagu In-Team untuk renungan bersama......

Akrab Persahabatan

Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

[ Akrab Persahabatan lyrics found on http://lyrics.my ]

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan Datang Lagi 1434H/2013M



Hari ni dh 6 Ramadhan umat islam berpuasa. Aku mengharapkan yang terbaik untuk Ramadhan kali ni. Aku mengharapkan agar apa yang aku tidak dapat laksanakan pada Ramadhan lalu dapat aku laksanakan tahun ini. Moga Allah mempermudahkan segala urusanku dan dapat menjalani ibadah puasa dengan mudah dan diberi kesihatan yang baik...

Nabil tahun ni dah belajar berpuasa tapi mula la klu dh petang buat muka tp bagi aku biarlah dia belajar dari kecik...aku sebagai ibu kena sabar melayan karenah dia. Cumanya aku risau kalau dia berpuasa sebab dia selalu sakit perut tapi aku dh pesan kalau tak larat boleh puasa separuh hari..Moga allah memberi nabil kekutan dalam proses belajar berpuasa.

Najmi pula...dia dh berlatih puasa sejak umur 5 tahun dan dia Alhamdulillah tiada masalah. Allah memberikan dia kekuatan untuk terus berpuasa tiap-tiap tahun dan pada umur 7 tahun puasa dia penuh sebulan..cuma tahun lepas dia demam, so tak dapat la penuh puasa dia. Aku mengharapkan dia akan penuh berpuasa tahun ini.

Moga allah permudahkan segala-galanya sepanjang bulan Ramadhan ini dan aku takut jika Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir untukku...tapi perjalanan hidup manusia telah ditentukan oleh Allah...Salam Ramadhan...

Thursday, May 9, 2013

Hari Mengundi Kali Ke-13 Malaysia


Tanggal 5 Mei 2013, inilah kali pertama aku pergi menjalankan tanggungjawabku sebagai rakyat Malaysia. Sebelum ni tak gi undi sebab tak daftar lagi..hehe....

Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah, dah janji dengan adik lelaki nak pergi sama coz kakak n adik perempuan tengah dalam pantang. Sampai-sampai sekolah jer aku tengok barisan orang tua (veteren) panjang giler...yang muda...sebaris jer. Aku tengok orang veteren ni semangat lain sikit, mungkin dah biasa dengan semangat yang ditanam sejak dulu lagi.

Sampai 'turn', mula-mula tenang jer...lepas bagi kertas untuk pangkah jd kelam kabut lak...penik giler...hahahaha...ye la...nak pangkah lagi...tangan sebelah berdakwat...sampai tak nampak pen...hahaha....pemilihan untuk Parlemen sampai 6 orang, so kertas tu besar la sikit daripada pemilihan Dun..cuma masa nk masukkan dalam kotak undi ni..untuk kertas undi Perlimen aku terkena tangan yang berdakwat..hemm...tak tahu la kertas undi tu rosak atau tak.....

Inilah kali pertama aku undi pada umur 33 tahun...hehehe...next time kalau gi undi dah tahu lah cara dia...first thing, kita kena tenang n berhati2 dalam memangkah. Aku anak Malaysia...

       

Thursday, May 2, 2013

Anak Buah Baru

Bulan April lepas dapat anak buah baru...sepasang tuu....Kakak dapat baby boy dan adik dapat baby girl. Bertambah ramai la family yang lahir bulan April. Semuanya 8 orang. Next year buat kek 8 tingkat lah...hehehe....

Nama baby boy Muhammad Azhad Falah bin Mohamad Farizad. Lahir pada 19 April 2013 di Hospital Besar Klang. Berat dia 2.4kg. Comel giler.

Sedapnyer tido...

Haaa....ngantuknyer...

Time to sleep..

Tembam tak saya...

Nama baby girl Aisyah Sofia bt Mohd Khairul Anuar. Lahir pada 25 April 2013 di Shah Alam Specialist Hospital. Berat dia 2.8 kg.


tembam tak saya???.... 

Jagan kacau saya nk tido niii....

Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Aminn...

Tuesday, April 9, 2013

9 April ..........datang lagi..




Tiap kali 9 April.... macam-macam aku rasa. Sebelum sampai 9 haribulan tu rasa xcited tapi dah tiba harinya aku jadi takut pulak..takut umur semakin meningkat...takut menghitung balance hari-hari akan datang sama ada panjang lagi atau hanya selangkah....menghitung amalan yang ada sama ada diterima atau tidak...menghitung dosa dan pahala, adakah dosa2 lalu telah diampunkan dan adakah ganjaran pahala yang allah berikan????......

Aku tidak mengharapkan apa2....cukup hanya wish dari org terdekat. Bererti ada yang ingat hari lahirku...tapi kadang2 orang terdekat ada gak yang terlupa......hemmm...kecik hati gak....takpe lah....kita tak boleh paksa orang untuk ingat semua tentang kita kan??...

Aku hanya mengharapkan yang terbaik daripada Allah....sihatkan tubuh badanku, jadikan aku seorang yang sentiasa berada di jalan yang benar....jalan yang diredhai, jadi insan yang sentiasa mengingatimu, menjadi insan yang redha dengan ketentuan, menjadi insan yang tunduk dan patuh pada ajaran islam...Ya Allah...engkau kabulkan segala permintaanku, sesungguhnya engkau lebih mengetahui segala-galanya.

Jalan-jalan @ Morib

Lama tak bawa anak- anak berjalan. Last month suami dapat cuti hari ahad, so dapat la bawa anak-anak pergi ke Pantai Morib. Sampai jer terus makan pas tu baru jalan-jalan tengok laut.  Paling seronok si kecik yang bebas nak buat apa je. Penat gak mengejar dia sana sini....sungguh aktif dan tak reti penat....

Macam-macam ragam anak2 buat....bebas kena lepas...boleh buat apa saja....maklumlah jarang berjalan, tunggu waktu free ayah dia jer....walaupun aku penat tapi puas hati coz dapat bawa anak2 berjalan tengok dunia luar dan alam ciptaan Allah...

Amsyar n Athirah



Berlari kesana sini ikut suka hati jer nak melangkah..

Dah penat...rehat kejap



Haus pulak....

nak jugak...haus nii...

Najmi dengan hal dia jer....nak buat sit up ni..

ada gaya model kecik tak??...



Wednesday, February 13, 2013

Poligami..???


Sekarang ni aku lebih suka baca artikel online je. Buku lama nk abiskan baca lak. Buku tentang Tahajud pun tak abis baca lagi ni. Aku adalah pengikut setia blog sesi-kehidupan, dan aku tertarik dengan artikel bertajuk "Bersedia berpoligami sebelum menikah...?". Ni dia artikel dia....

Ada beberapa muslimah yang menghadapi lamaran dengan calon suaminya menyebut tentang isu poligami, menampakkan bunga-bunga hasrat si tunang untuk berpoligami suatu hari kelak.

Wahai muslimah yang disayangi, jangan biarkan perasaan kita dimainkan dan digelisahkan... dengan ilmu dan keimanan, kita akan tenang dan bahagia mengatur kehidupan sekalipun si dia berkongsi pandangan dan harapan untuk berpoligami.

Satu alternatif yang ada ialah, kita menyambut positif perkongsian si lelaki tentang poligami. Tanya apa pandangannya tentang poligami. Apa perancangannya. Apa harapannya.... ok ke..? :)

Dan sebagai bakal isteri yang cerdas dan berkeyakinan, beri dorongan pada bakal suami, "Saya doakan awak menjadi suami yang baik, semoga awak dapat menjadi suami yang baik kepada saya dan isteri seterusnya. Saya akan menambah ilmu bagaimana isteri-isteri Rasulullah menjalani kehidupan di alam poligami..Saya akan mengkaji hikmah dan kebaikan poligami pada peribadi dan ummah ini.

Awak doakanlah saya menjadi isteri solehah, menjadi pendamping yang berbakti dan mencintai suami kerana ALLAH.. dan bila tiba masanya nanti, moga saya positif dan tenang menempuh alam poligami bersama suami yang soleh macam awak."

Haaa..si bakal suami mesti bersemangat nak jadi suami yang mantap dalam semua aspek :D

Kepada muslimah dan bakal suami itu, moga ALLAH memberkati kalian dan mengumpulkan kalian dalam keberkatan :) Kalau kita mempersiapkan diri dengan ilmu dan keimanan serta kefahaman tentang poligami, kita akan menjadi isteri yang paling bahagia, poligami ataupun tidak ♥
__________________________

Moga bermanfaat :)

Sebenarnya aku teringat akan suatu peristiwa. Cerita daripada seorang teman. Soalan daripada bakal suami pada bakal isteri. Terdiam bakal isteri dengar kenyataan tu...hemm...sedih dia...

Pada mulanya dia nk menangis tapi ditahan juga air mata tu..seminggu dia bersedih hati..tak lalu makan, hilang mood dan dia rasa apa yg dia buat semua tak kena. Selepas seminggu dia cuba mengumpul kekuatan dan ingin mencari ketenangan dengan kata-kata dan persoalan yang diajukan. Sambil tu dia try search internet berkenaan hal poligami ni. Ternyata sukar untuk dia menerima tetapi dia cuba berfikiran positif dan melembutkan hati untuk terima.

Dalam merenung kata-kata tu, dia kena redha dengan apa yang ditentukan olehnya. Mungkin ada kebaikan disebalik apa yang akan terjadi. Dia cuba fahami sesuatu dan jika dia menolak, bererti dia menolak lelaki yang akan menjadi suaminya suatu hari nanti, lelaki yang dicintai dan lelaki yang di sayangi. Sebelum melaluinya semua, dia belajar untuk tahu ilmu poligami itu....belajar bersifat positif dan belajar memahami perasaan orang lain. Perasaan sendiri????...luka...sakit hati seboleh-bolehnya dia buang jauh-jauh walaupun kadang-kadang perasaan tu hadir dalam hatinya..

Walau apa pun, dia mengharapkan yang terbaik untuk dirinya. Mungkin itu ujian dari bakal suami untuk menguji hatinya...Mungkin itu persediaan dirinya kerana bakal suami bersifat terbuka....Mungkin dan mungkin....pelbagai kemungkinan yang ada dalam kotak fikirannya. Walau apa yang akan terjadi, dia mengingatkan dirinya bahawa...perjalanan hidup telah ditentukan oleh Allah dan kita hanya merancang....Allah yang menentukan segala-galanya....

Didoakan moga tabah dalam ujian Allah dan berbahagia didunia dan akhirat.........Aminn....