Thursday, November 18, 2010

Perihal Kucing..

Semalam kawanku bercerita tentang kucing. Aku pun teringat la citer dulu2 masa sekolah. Lagipun akhir2 ni banyak pulak kucing yang aku jumpa sepanjang perjalanan balik dari rumah mama ke rumahku. Ramai gak orang yang bela kucing dekat kampung aku ni. Tak kira aku balik cepat atau lambat pasti ada kucing yang melintas.

Aku teringat time sekolah dulu...cerita ni kawan2 dekat kampung n family je yang tau..Asalnya dulu aku ni memang takut kucing...aku tengok kucing leh tapi kalau suruh pegang minta maap ler...hee...geli....lagipun badan dia berbulu...eeeee....lagi la geli..walau aku tau kucing tu binatang kesayangan rasulallah tapi aku tetap tak minat untuk pegang. Rumah mama pun ada kucing tapi kucing datang la...lama2 duk situ lak...tak pernah sekali aku belai2 kucing tu...heeee....bg makan boleh la klu dia bergesel pun aku tak suka...gelinyeee aku...paling pantang aku..

Masa sekolah rendah dulu aku kena la sakat dgn kengkawan sekelas...tak kira la sekolah pagi atau petang....kurang hasam betul budak2 ni....asal nampak kucing je mesti bagi dekat aku...aku pe lagi menjerit la...hehehe...disebabkan aku terkenal dengan pelajar takut kucing....so aku ada gelaran tersendiri...sejak ada nama gelaran tu memang stiap kali gaduh mulut dengan kawan itulah panggilan untuk aku...tak kira la lelaki atau perempuan. Nak tau gelaran tu pe????...hehehehe..disebabkan nama aku dekat kampung orang panggil Ely dan aku lak takut kucing so dia orang panggil 'elycat' lagipun sempena nama kumpulan ellycat dulu tu kan.... yang rambut macam sarang tabuan. Sejak tu la nama tu melakat dengan aku...

Pernah satu hari tu aku g toilet n sampai kelas kawan yg duduk depan aku nak pinjam pensil...so aku beriya la ambik tetiba masa nak tarik beg...aku terpegang benda berbulu dalam meja...sekali aku tengok...anak kucing...pe lagi...menjerit la aku..habis kena gelak dgn kengkawan tapi masa tu ustazah ada dekat depan dan kawan yang takut kan aku kena marah...hahahahahaha...padan muka korang. Kacau aku lagiii....Tapi bukan aku sorang je tau yang ada gelaran...boleh dikatakan setiap orang ada gelaran. Biasanya budak2 yang ada gelaran ni budak yang suka gaduh mulut dan suka sakat orang..dan aku la antara orang2nye....(glamour gak aku ni ye...hehehehe) pe taknya dia org suka mulakan dulu n kawan2 aku ni semuanya tak reti duk diam....lagipun time sekolah dulu kan duduk selang2 lelaki dan pempuan...so klu free time je....gaduh je keje...hehehe..

Sekarang ni aku dh pindah umah pun tetap dikunjungi dengan kucing jiran2ku...penah satu malam tu aku tengah sidai kain dekat belakang rumah...tetiba aku terasa mcm ada benda tengok aku...aku pandang la....jengggggg.....tetiba aku tengok ada mata 2 berkilau....nasib baik aku tak jerit....rupa2nya kucing jiran aku bertenggek dekat tembok rumah tengah tengok aku sidai baju....heee....naik bulu roma tengkuk aku...terkejut beruk aku...

Aku rasa la kucing ni ada tabiat gak...sepanjang pemerhatian aku ni...kucing ada gak yang pemalas, ada yang bijak, yang garang, ada yang suka bermain dan manja...yang garang ni jenis kucing jantan yang badan dia besar n nampak tegap sikit...aku paling pantang dengan kucing ni coz kalau dia datang je ayik cari gaduh je...dh la garang ada hati gak nak ngorat kucing betina...hee...last2 bergaduh sesama jantan...aku pe lagi...cepat2 ambil air n siram...hehehehe...2 caranya nak leraikan marah kucing....tapi kalau orang marah...nak siram dengan pe yek????....hehehe...air gak ke??? air sirap? teh? kopi? coklat??..haha..

kucing oh kucinggggg.....

Makna disebalik Lukisan

Pensil, colour, berus, kertas lukisan.......ahhhhh....rindunya aku dengan benda2 tu....lamanya aku tak sentuh benda yang paling aku minat suatu masa dulu...Aku tak dapat gambarkan keseronokkan aku time tu...indahnya hidup aku coz aku leh luahkan segala-galanya melalui lukisan..Bila bercerita tentang lukisan ni tak semua orang akan suka, tak semua orang akan minat dan tak semua orang boleh buat. Bagi aku itulah dunia aku sebenarnya. Sebenarnya minat aku dari kecik lagi.....Aku ingat lagi masa sekolah tadika...balik sekolah tu aku akan ambil kamus bergambar, pensil dan kertas kosong. Aku akan lukis benda yang aku suka mengikut gambar tu.....Dah siap aku akan bawak gi sekolah dan tunjukkan pada cikgu2 aku...bila dia orang kata cantik memang aku bangga giler masa tu.....

Ayah la yang jadi pendorong untuk aku melukis. Dia yang ajar aku macamana nak lukis sesuatu benda dekat papan hijau. Masa kecik2 dulu ayah belikan kami papan hijau size A3 dan kapur untuk belajar. Macam-macam dia tunjuk...masa tu aku memang xcited giler...aku ingat lagi lukisan yang dia ajar dulu...dia buat sebuah rumah kampung....rumah papan, depan tangga ada tempayan besar, sebelah rumah ada pokok kelapa dan jauh dibelakang rumah ada bukit dan 3 ekor burung terbang....lukisan tu mamang tak akan aku lupakan sampai bila2...tu lah kelebihan ayah..dia pernah kata dengan aku. Belajar pandai2 biar orang tak tipu kita. Aku dengar dari cerita makcik ku....ayah sekolah sampai darjah lima je coz nenek tak dapat nak tanggung sekolah dia...makcik kata ayah masa sekolah dulu dia pandai n tiap kali periksa mesti dia dapat nombor satu....tu yang kalau aku tanya benda memang dia bersungguh untuk ajar...lain sikit dengan mama dia jarang nak tunjuk walau dia sekolah sampai SPM.

Masa sekolah dulu matapelajaran Lukisan yang paling aku minat. Masa sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 3 aku tak dapat teruskan matapelajaran ni coz aku ambil Matapelajaran Bahasa Arab. tapi minat aku tetap tak berubah aku still minat lagi untuk melukis kalau aku ada masa dan kalau ada kerja berkumpulan, memang akulah orang yang akan dipertanggungjawabkan untuk melukis....aku tak kisah coz aku seronok. Banyak mana pun aku sanggup.

Minat aku lebih mendalam setelah aku naik tingkatan 4. Masa tu aku tak dapat nak teruskan pengajian Bahasa Arab aku coz tak cukup corum nak buka kelas Bahasa Arab dan aku apply sekolah lain pun tak dapat. Sedih gak masa tu tak dapat sambung tapi nak wat camne kan???...last2 aku ambil lukisan untuk cukupkan kredit aku. Bermula dari saat inilah aku belajar tentang lukisan ni dengan mendalam sebab periksa nanti dia akan tanya soalan dari pelajaran tingkatan satu sampai 5. Aku ambil inisiatif sendiri wat latihan sendiri. Bab lukis2 ni aku takde masalah tapi bab soalan objektif yang aku tekankan....maksud motif, jenis corak, jenis lukisan n macam2 lagi lah...dan bila ada masa aku buat buku lukisan saiz A4 dan lukis la apa yang aku suka terutamanya part2 badan manusia..mcmana nak lukis anggota badan pelbagai gaya than aku jumpa cikgu lepas habis sekolah dan tanya cikgu apa yang tak kena dengan lukisan tu...daripada komen cikgu tu...aku perbetulkan lukisan tu dan aku akan buat sampai aku puas hati..dan cikgu pernah announce dalam kelas aku je sorang student yang wat mcm tu dan dia harap agar ramai lagi student yang wat mcm tu...tapi aku tak tahu la ada yang wat ke tak...

Bagi aku lukisan ni boleh tenagkan fikiran aku...biasanya aku akan ambil 3 jam sehari untuk melukis..aku takkan mengantuk. Biasanya 2 atau 3 pagi aku baru tido. Lukisan punya pasal...dari melukis ni la boleh dekatkan kita dengan alam dan benda2 ciptaan Allah yang maha berkuasa. Betapa kayanya allah dengan ciptaan dengan pelbagai bentuk, warna dan gaya. Kita manusia hanya mampu untuk mencipta diatas kertas sahaja atau menggunakan bahan yang ada untuk meniru ciptaannya yang hanya sementara dan tidak kekal sepanjang masa. Dari situ kita boleh belajar pelbagai aspek..kehidupan, alam, dsb. Lukisan kegemaranku adalah pemandangan. Macam2 pelajaran yang kita boleh belajar dari alam. Seronok sangat2.

Walaupun aku baru mengenali alam lukisan ini tapi aku bangga pada diri aku sendiri sebab tiap kali aku lukis mesti cikgu akan tampal dekat dengan coridor tempat orang lalu lalang. Biasanya lukisan tercantik yang ada dekat situ. Aku pernah menang tempat ke-3 dalam lukisan mural..tapi lukisan tu hanya dalam kertas lukisan je la...sebenarnya itu kerja berkumpulan tapi aku offer diri aku untuk buat sendiri. Aku tak boleh la lukis dengan keadaan yang ramai dan bising...hilang idea. Aku siapkan dalam masa 5 jam...dari cari idea, melukis dan mewarna...Aku puas sangat2..tapi yang paling best dan takkan aku lupakan dalam hidup aku, aku terpilih sebagai pelajar Terbaik SPM 1997 dalam matapelajaran Lukisan A1.....best giler coz aku tak sangka aku yang dapat. Rasanya ramai lagi pesaingku...maklumlah aku start ambil matapelajaran lukisan ni tingkatan 4 lagi dan berbeza daripada orang lain yang belajar dari tingkatan 1.

Aku pernah menang tempat ke-2 untuk Pertandingan Mereka Arca Wau. Ni kerja berkumpulan tapi aku rasa seronok sangat sebab leh sumbangkan idea dan wat sama2 dengan kengkawan. Aku rasa lukisan ni tak boleh pisahkan dengan hidup aku..lagi satu aku ni suka ambil gambar cumanya takde budget nak beli camera power, pakai la apa yang ada. Tapi berlainan pula dengan suamiku...dia tak suka bergambar. Tu yang menjadi faktor utama kegemaranku itu tersekat coz kadang2 dia tegur jangan banyak sangat ambil gambar..hehehe...kena ikut lar...Cuma angan-angan ku untuk menjejak kaki ke Balai Seni Lukis Negara tidak tercapai lagi...aku teringin sangat nak pergi...lama dh aku ajak suami tapi tak pernah dia bawak...aku rasa sejak kawin lagi aku ajak....hemmm...entah la tak tau la sampai sana biler...Aku ni pantang kalau ada cerita pasal lukisan, mana2 tempat yang ada lukisan ni memang aku akan berhenti tengok. Last aku tengok lukisan dekat SACC Mall, Shah Alam. Dekat situ ada kedai menjual lukisan...geramnya aku tengok gambar2 tu...jual lukisan ni mahal tau...kadang2 harga sebuah lukisan boleh mencecah puluhan ribu...

Aku boleh bezakan kengkawan aku yang suka lukisan dengan tidak. Aku lebih suka bercerita ttg lukisan ni dgn org yang faham dan boleh menjiwai apa itu lukisan. Sebab kita boleh melihat lukisan tu bukan sahaja pada apa yang dipaparkan tapi faham maksud tersirat disebalik lukisan tu. tu yang kadang2 aku tengok sesuatu objek tu aku boleh nampak banyak benda dalam objek tu....bukan hanya satu....hehehehe...hati2 pada orang yang tak mendalami sesuatu lukisan. Kadang2 aku leh tergelak sendiri tengok sesuatu corak tak kisah la org tu lukis atau ada pada pakaian atau barang2 peribadi.

Antara lukisan yang aku sempat search dalam internet...









Dan ini adalah Plug yang aku terima sebagai Pelajar Terbaik SPM 1997. Aku akan simpan sebagai kenangan sepanjang hidupku dan inilah bukti bahawa melukis adalah sebahagian daripada hidupku..







Hari Konvo

Akhir bulan lepas aku konvo....(tak sempat aku nak citer dalam blog...busy sikit...citer lama la ni) first time la katakan...mcm2 rasa masa tunggu dalam dewan tu...kengkawan sume muda2 lagi..aku rasa Diploma of Information Technology (DIT) ni graduan yang paling sikit. Sume 13 orang tapi yg datang 7 orang je... Aku orang paling 'matang' dalam group tu...maklumla sume teruna dan anak dara lagi...hehehehe....

Tapi aku lagi bangga coz aku leh sambut hari tu dengan suami dan anak2...n family sekali. Dia orang cuma ada family je...tapi aku tengok yang paling xcited Athirah la...nampak je aku terus nak ikut coz masa aku dalam dewan, kakak aku yang jaga dia. Menjerit2 dia nak ikut aku...last2 aku paling banyak ambil gambar dengan dia. Than dia sorang je yang leh pegang folder yang aku dapat, orang lain jangan ambik...kakak aku nk action ambik gambar pegang benda tu pun dia tak bagi....memang bertuah punya budak...aku dukung dia pun sume orang tengok...tapi aku rasa bangga sebab aku dah buktikan aku boleh capai apa yang aku impikan walaupun aku dah berkeluarga. Meang penat belajo bila dh berkeluarga lagi2 kita bekerja. Bayangkan aku pegang jawatan sebagai Pekerja, Pelajar, Ibu dan Isteri dalam satu masa. Banyak perlu korbankan masa dan aku rasa yang paling penting support dari family...dia orang gak yang jadi pendorong aku untuk terus belajar.

Masa hari konvo tu aku tak la banyak sangat bergambar coz sume dah balik so yang tinggal 3 orang je....nasib baik suami aku bagi ambil gambar dengan kengkawan. takut gak dia bising...tapi nasib baik ok.....dia la yang jadi cameraman hari tu...

Apa pun thanks for my family, lecturer, classmate and officemate yang banyak membantu sepanjang aku meneruskan pengajian ni. I'm appreciated all. Ni la gambar2 yang sempat diambil oleh kawanku Zubaidah. Gambar camera aku masih belum upload lagi..


Aku n mama
Aku n suami

Aku n family

Bersama ayah n anak2 terunaku

Fong, Zubaidah n aku




Bersama kawan baikku Zubaidah

Fong n aku

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidiladha kembali

Semalam 10 Zulhijjah 1431H/17 November 2010, seluruh umat islam merayakan hari yang penuh bermakna mengikut bulan islam. Sperti tahun-tahun yang lalu, kebiasaannya raya di Selangor ni biasa je tak semeriah beraya di Kelantan n Terengganu n tempat2 yang sewaktu dengannya. Raya tahun ni aku kena masak sendiri, maklum la dah ada rumah sendiri. Malam raya tu aku masak dengan suami..menunya...nasi impit, kuah kacang, masak lodeh dan rendang ayam. Pagi tu aku goreng burung puyuh goreng rempah..

Pagi raya suami kena keje pagi, so pagi2 dia kena hantar najmi pergi rumah mama sebab nak sembahyang raya..Nabil lak bangun lambat, kebetulan masa dia baru bangun adik bongsuku datang hantar makanan so dia balik nabil ikut sekali...sempat la pagi tu aku berkemas rumah lagi pun Athirah tido. Penat gak la dari pagi kemas tak siap-siap. bahagian luar aku tak sentuh langsung...penat dah...aku tengok rumput pun dh nak start panjang...bunga n pokok???....hehehe dh kena hujan so tak yah la aku siram...

Jiran sebelah rumah aku ni orang Kelantan dan Terengganu. Tahun ni dia tak balik coz tak dapat cuti....dia kata first time sambut Aidiladha dkt Selangor tapi tak meriah la macam dkt kampung dia. Aku pun jawap selalu dekat sini memang tak de apa. Yang ada cume orang buat ibadah korban je lepas tu memang takde pe...cumanya anak2 akan balik rumah orang tua la....aku senyum je lepas tu..... Aku pun sebenarnya macam teringin gak nak tengok dan rasai suasana Aidiladha dekat Kelantan n Terengganu ni tapi takde lak sedara dekat belah sana..kawan2 ada la. Saje je nak tahu kemeriahan n cara2 dia orang buat korban ni....Aku dengar macam meriah je....nak buat macamana kan dengar je la yang aku boleh buat...lagipun aku rasa dekat sana orang lebih faham dengan apa itu korban sebab Rasullah pun kata Aidiladaha adala perayaan umatku... sekarang ni orang akan campurkan adat dengan hukum....tapi biasanya adat la yang dipertahankan. Keluarga aku pun kadang-kadang tak terlepas dengan benda-benda tu....

Berbalik citer raya aku semalam....dalam pukul 12.30 kakak aku datang ambik aku pergi rumah mama n balik petang, suami aku jemput lepas balik kerja. Dalam pukul 6.30 petang aku bertolak pergi rumah mertua lak n balik kul 10.30 malam. Sampai umah dalam kul 11.30 mlm.. Aku tak larat rasanya...balik2 aku terus tido...kesian dengan suami coz aku tak sempat nak borak dengan dia. mengantuk sangat2... Aku rasa dia tido lambat coz aku sedar2 dah terpasang lampu tido bilik... hehehe...

Alangkah indahnya jika kita tahu dan hayati makna Aidiladha ni. Orang biasa akan kaitkan dengan pengorbanan. Banyak pengorbanan yang boleh kita kategorikan cumanya keikhlasan dan ketekunan seseorang itu yang membezakan pengorbanan tu bermakna pada diri dia atau tak. Dan kita sebagai manusia perlu menghargai pengorbanan yang orang lakukan untuk kita...jangan diabaikan pengorbanan yang telah diterima...cuba fahami n hargai jika seseorang betul2 mengorbankan sebahagian hidup @ harta @ masa @ yang sewaktu dengannya untuk kita. Jangan pula kita lambat sedar dan hargai pengorbanan yang kita terima... jangan pulak kita nak hargai pengorbanan tu selepas orang yang take care pada kita dah hilang atau tiada...silap2 kita yang menyesal.....Bagi aku cukup la untuk menghormati aku jika seseorang itu rasa aku telah mengorbankan sesuatu untuknya bukan wang ringgit dan pujian yang aku harapkan. 

Semoga pengorbanan yang kita lakukan akan sentiasa diberkati Allah...

Wednesday, November 10, 2010

Birthday Athirah

Hari ni genap setahun umur Athirah 1 Tahun...dh besar anak ummi..rasa macam sekejap je...Aku masih ingat lagi masa lahirkan dia...takkan ku lupakan saat2 tu...Aku rasa risau sangat masa tu sebab Athirah kena paksa keluar sebab air ketuban kurang. Masa tu memang terasa la kena paksa keluar....Alhamdulillah anak ummi selamat dan sihat...

Sekarang ni Athirah dah mula pandai nk berjalan setapak2...aktif dia mengalahkan anak lelaki...tapi cuma satu je yang aku rasa lain...kalau aku nak marah terus tak jadi kalau tengok muka dia....kdg2 dia meragam pun aku boleh senyum tengok gelagat dia...tak tahu lah rasa macam lain sikit dengan dia...mungkin dia perempuan kot....entah la...tapi dia memang rapat dengan aku. Orang kata anak perempuan rapat dengan ayah dan anak lelaki rapat dengan ibu...tapi aku rasa tak...depend gak pada budak tu dan layanan orang tua dia...apa pun ummi doakan agar anak ummi ni jadi orang yang baik, taat pada perintah allah, ayah dan ummi. Moga bila besar nanti jadi orang yang berguna dan menjadi anak yang boleh menjadi kebanggaan ummi dan ayah......Happy Birthday...Nurdini Athirah.....pengarang jantung ummi...