Monday, June 21, 2010

7th Anniversary



Tanggal 21 Jun 2010, sudah 7 tahun usia perkahwinanku. Aku rasakan cepat benar masa berlalu. Kini, dengan kehadiran 3 orang cahayamata aku rasakan hidupku telah sempurna apatah lagi dengan kehadiran Nurdini Athirah 7 bulan yang lepas.
Dalam meniti perjalanan hidup ini, pelbagai dugaan telah ku lalui..suka dan duka..kadang2 sesuatu perkara yang terjadi boleh mematangkan kita dan pengalaman yang dilalui kadangkala mengajar kita tentang hidup. ibaratnya..dari mula belajar merangkak hingga berjalan..pelbagai perkara yang telah dilalui..

Dari duduk serumah dengan orang tua, tahun ni aku sudah memiliki rumah sendiri..merasai hidup bersama anak-anak. Bebas buat apa yang kita suka..
Dari mempunyai kereta satria telah bertukar waja dan kini memiliki sebuah lagi kereta viva..
Dari gaji 3 angka kini susah 4 angka..
Dari pangkat rendah telah naik sedikit..

Alhamdulillah rezeki makin bertambah..buat suamiku, aku harap agar kita sama-sama menjaga ikatan yang terjalin ini. semoga menjadi suami yang boleh membimbing keluarga dan menjadi orang yang sabar dalam menjalani kehidupan seharian...walau apa pun 'Terima Kasih' diatas segala pengorbanan yang telah diberikan. Semoga menjadi suami yang baik untuk 'elya' dan anak-anak.







No comments: