Sunday, June 15, 2014

Family Birthday - April 2014

Dalam keluarga sekarang ni dh jadi 8 org yg sambut birthday bulan April. So tahun ni kami smbut sekali. Meriah giler..dengar suara budak-budak ni dh cukup kecoh. Dalam setiap keluarga adik beradik ada yg lahir bulan April. Moga Allah memberkati seluruh anggota keluargaku...

Muhamad Ayob bin Abu Bakar & Rabiah binti Marzuki

Layan gambar sepanjang majlis..

Kek yang penuh dengan nama..

Ni dia..8 orang punya birthday..

Melayan 1st Birthday Girl n Boy..

Macam-macam ragam..

Afi n Aishah Sofia
         
Semangat Amsyar ni makan..

Adik bongsu n family


Dah besar anak-anak ummi..Najmi n Nabil. Moga jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup. Happy Birthday sayang..


Nabil yg suka berposing..

 
Mama, Adik beradik-adik perempuan n Adik ipar..

Moga tahun depan kita dapat lg sambut birthday ramai-ramai. Thanks coz semua sporting ye..Moga kita menjadi keluargsa bahagia hingga ke Jannah...ameen.

Thursday, May 15, 2014

Sukan ABIM 2014

Time untuk melayan anak-anak..1 Mei 2014, merupakan hari sukan ABIM di Padang Stadium Sultan Sulaiman Klang. Macam-macam gelagat anak-anak TASKI Dan SRI. Mana yang excited, Nampak la muka tu senyum jer...mana yang first time tu macam takut-takut jer...macam lah Athirah ni...

Ni gaya Athirah sebelum sukan bermula...tak semangat langsung gaya dia..


Main 1 Jenis permainan je..alhamdulillah menang
 
Nak blek dh ni tp sempat Ber posing dlu..


Si comel ni suka klu bergambar..macam-macam gaya leh buat

Adik pun menang gak...hehehe...nk gak berposing dgn maddle abg...layan je la..
 
 
 
Matahari dah naik..panas tuu...tapi nak melayan si Amsyar ni pergi le menyinggah taman permainan sebelah stadium ni...bukan main senyum dia sampai ke telinga. Budak yang sungguh aktif, rajin n senyum je kalau kena marah..Moga Allah lindungi anak-anak ummi ya..

Wednesday, April 9, 2014

2014 Birthday..



Hari ni banyak kejutan dekat ofis...haaa...betuah betul semua kawan2 ni termasuk bos...Thanks semua sebab bertungkus lumus meraikan hari yang bermakna bagiku hari ni walau simple. Rasanya banyak kejutan ni sepanjang aku bekerja dkt sini. Sume sporting2 belaka. Thanks semua terutamanya sahabat2 PPK..

Ya Allah..terima kasih diatas segala nikmatmu. Moga apa yang ku impikan akan dimakbulkan.

Thursday, March 27, 2014

Kamu Umat Terbaik - Dr. Mohd Shafie Md Amin

Alhamdulillah pagi ni dapat mendengar tazkirah daripada Dr. Mohd Shafie Md Amin. Beliau merupakan Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Itqaan dan pengasas Kaedah Al-Huffaz. Rasa seronok kerana Allah memilih aku hari ni untuk mendengar tazkirah daripada beliau. Memang menusuk di hati dan ada la sikit2 terkena batang hidung aku. Insya allah aku cuba perbaiki mana yang tak baik. Beliau banyak mengaitkan kehidupan dengan berpandukan al-quran dan peraturan yang telah ditetapkan.
 
Beliau telah menulis Buku bertajuk - "Kuntum Khoira Ummat - You Are The Best - Kamu Umat Terbaik" keluaran Galeri Ilmu. Segala kupasan berkenaan mengurus diri, mengurus hati, memimpin keluarga, mentadbir masyarakat dan negara berlandaskan al-quran ada dinyatakan dalam buku beliau. segala isu ada disertakan ayat al-quran sebagai memperkukuhkan isu-isu yang dibincangkan. Harga buku tu RM55 dan Alhamdulillah Allah memberi rezeki untuk aku memiliki buku ini.
 
 
 
Ni cover buku..

 
Moga buku ni bermanfaat untuk semua. Takde rezeki nk upload buku yang dibeli sebab phone tak boleh detect lak dekat PC ni...beria2 je ambik gambar buku....just ambik gambar dari internet je. Selamat membaca...moga kita menjadi insan dan umat terbaik...
 

Tuesday, March 18, 2014

Harapan 2014


 
Masa terlalu pantas berlalu...2014 telah tiba. Januari..Februari telah meninggalkan kita dan Mac pula bakal meninggalkan kita dalam beberapa minggu lagi..Aku mengharapkan yang terbaik untuk tahun ini. Moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh perjalanan kehidupan.

Aku juga mengharapkan agar impian yang tidak tercapai pada 2013 akan tercapai pada tahun 2014 ini. Moga Allah kabulkan sega permintaanku....Aku juga ingin menjadi insan terbaik disisi ALLAH bukan hanya dimata manusia sahaja. Aku juga mengharapkan yang terbaik untuk tahun ini.

Aku rasa banyak dugaan yang terjadi pada tahun 2013...aku mengharapkan aku lulus menempuh segalanya pada pandangan ALLAH...aku tak kisah jika manusia yang menenilai itu hanya memandang kepada keburukan sebab aku yakin penilaian ALLAH itu jauh lebih baik.

Pengalaman lalu mengajar aku tentang hakikat kehidupan, erti kesabaran dan erti kasih sayang. Moga ALLAH permudahkan segala urusanku..

Tuesday, July 23, 2013

Antara Sahabat Dan Kawan

Kadang-kadang manusia sering kali lupa pada erti persahabatan, tatkala susah sentiasa dalam ingatan tapi dah senang lupa...lupa saat-saat diberi pertolongan, lupa saat-saat diberi perlindungan, lupa saat-saat diberi peringatan yang baik, lupa saat-saat gelak dan tawa. Semua perkara yang indah dilupakan dengan sekelip mata tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Antara Sahabat dan Kawan sebenarnya memberi maksud yang berbeza. Kawan boleh kita temui dimana-mana tapi sahabat terlalu sukar untuk ditemui. Sukar untuk menemui orang yang betul2 boleh dipercayai dan tak mengkhiyanati kita sebagai seorang yang paling rapat.


SAHABAT..

Sahabat adalah teman yang paling rapat dalam hidup kita, bak kata orang akan sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat seorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga seringkali akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih dan terluka. Nilai seorang sahabat susah untuk dicari dan mungkin jika hilang sukar untuk ditukar ganti. Sahabat umpama 1000 orang kawan.

Tapi dalam keadaan sekarang ni, susah kita nak mencari sahabat yang betul2 ikhlas dalam bersahabat. Bersahabat bukan kerana keikhlasan tetapi mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain....pandai berbicara dan memujuk semata-mata untuk menjaga kepentingan peribadi....sekali terluka kesannya amatlah dalam dan sukar untuk dilupakan..walaupun ianya boleh dimaafkan diatas belas dan keutuhan erti persahabatan tetapi ianya tetap menjadi kenangan sepanjang hidup.



Sahabat Sejati sebenarnya bukan sahaja sahabat yang mengajak kita kearah duniawi sahaja tetapi tetap mengingatkan kita tentang akhirat..alam yang sentiasa menanti kita tetapi kita tidak pasti bila akan kesana cumanya kita kena ingat alam itu sentiasa dekat dengan kita.


Berikut keterangan Imam al-Ghazali tentang siapakah sahabat sejati.


1.Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu;

2.Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu;

3.Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya;

4.Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik;

5.Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu;

6.Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka ia akan berupaya menutupinya;

7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh;

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;

9.Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;

10.Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu;

11.Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu;

12.Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.




“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)




KAWAN..

Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja dan akan terus berlalu meninggalkan kita keseorangan....kawan tidak serapat seperti sahabat..kalau hati kita dilukai...kesannya hanya mengambil masa yang pendek untuk hati kita berbaik semula..

TAK semua kawan boleh jadi RAKAN,

TAK semua rakan boleh jadi TEMAN,

TAK semua teman boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT,

Hargailah sahabat....hayati erti sebuah persahabatan. Bersahabat kerana Allah akan lebih bahagia dan tenang selamanya selagi hubungan itu dijaga dengan baik..

Lirik lagu In-Team untuk renungan bersama......

Akrab Persahabatan

Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

[ Akrab Persahabatan lyrics found on http://lyrics.my ]

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan Datang Lagi 1434H/2013M



Hari ni dh 6 Ramadhan umat islam berpuasa. Aku mengharapkan yang terbaik untuk Ramadhan kali ni. Aku mengharapkan agar apa yang aku tidak dapat laksanakan pada Ramadhan lalu dapat aku laksanakan tahun ini. Moga Allah mempermudahkan segala urusanku dan dapat menjalani ibadah puasa dengan mudah dan diberi kesihatan yang baik...

Nabil tahun ni dah belajar berpuasa tapi mula la klu dh petang buat muka tp bagi aku biarlah dia belajar dari kecik...aku sebagai ibu kena sabar melayan karenah dia. Cumanya aku risau kalau dia berpuasa sebab dia selalu sakit perut tapi aku dh pesan kalau tak larat boleh puasa separuh hari..Moga allah memberi nabil kekutan dalam proses belajar berpuasa.

Najmi pula...dia dh berlatih puasa sejak umur 5 tahun dan dia Alhamdulillah tiada masalah. Allah memberikan dia kekuatan untuk terus berpuasa tiap-tiap tahun dan pada umur 7 tahun puasa dia penuh sebulan..cuma tahun lepas dia demam, so tak dapat la penuh puasa dia. Aku mengharapkan dia akan penuh berpuasa tahun ini.

Moga allah permudahkan segala-galanya sepanjang bulan Ramadhan ini dan aku takut jika Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir untukku...tapi perjalanan hidup manusia telah ditentukan oleh Allah...Salam Ramadhan...