Thursday, October 18, 2012

Senyuman Bahagia




SENYUM.. banyak tanggapan manusia bila melihat orang lain tersenyum. Senyum sebenarnya banyak menyimpan rahsia sama ada suka, duka, dan sebaliknya...cumanya diri manusia itu sendiri yang mengerti makna senyuman tersebut. Bagi aku, senyum tu terlalu banyak makna dan bererti dalam hidup aku. kadang-kadang kita rasakan sesuatu yang perit untuk dihadapi tapi bagi aku senyum dan melupakan masalah buat seketika adalah perkara terbaik untuk mencari ketenangan sebelum sesuatu perkara itu diputuskan atau diambil tindakan.

Teringat masa dulu2....Senyum-Senyum Selalu adalah tag aku pegang. Aku rasakan sesuatu perkara tu tak smua kita boleh kongsi dengan semua orang. Aku kurang percaya dengan orang sekelilingku setelah aku dikenakan oleh kawan baik sendiri. hemm....Dulu-dulu biasanya aku akan bercerita dgn kawan2 rapat jer...tp tak semua orang yg kita percaya tu jujur.....dan akhirnya aku simpan sendiri je apa2 yang berlaku pada diri aku...cuma kagang2 hal2 tertentu je aku share...

Senyuman kadang2 akan membuatkan kita tenang walau apa pun banyak perkara bergolak dalam hati. Tapi berhati2 dengan senyuman gak sebab kadang2 ada orang salahertikan senyuman kita walau niat kita baik. Bagi aku, SENYUM tu adalah sebahagian hidup aku kerana aku perlu menyimpan segala suka duka yang tersimpan dalam hati kerana senyum boleh menenagkan hati yang secara tidak langsung akan menimbulkan sifat sabar dalam diri untuk menempuh segala dugaan.

Hati Yang Sedih



Kesedihan seringkali datang dalam hidup kita ni...tapi kadang2 terfikir gak kenapa kita sedih?..adakah kita tak mampu nak hadapi? atau kita tak redha dengan ketentuan Allah? atau kita geram? atau kita nak lepaskan kemarahan kita untuk legakan hati?..atau.........

Banyak persoalan yang boleh kita buat. tetapi itulah hakikat kehidupan. Kesedihan kadang-kadang ada hikmahnya cuma kita je yang tak tau makna disebaliknya. Kadang-kadang kita kena redha gak dgn apa yg berlaku dengan kita walau kita tak suka...nak ada perasaan redha tu la yang susah untuk kita buat...susah untuk kita fahami walaupun sepatutnya kita kena buat dan hadapi. Kesedihan kadang2 buat kita putus asa. Macam2 kita akan fikir yang kebanyakkannya perkara negatif.

Tapi kita kena faham hakikat kehidupan. Hujung pangkalnya adalah hati kita. Ingat ALLAH...adalah ubatnya. Sentiasa muhasabah diri dan merenung kembali perlakuan yang telah kita lakukan. Mungkin kita lupa seketika dan jauh dgn ALLAH..... tu yang ALLAH datangkan sedih pada kita untuk kita mengingati dia dan memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan. 

Moga Allah kuatkan hatiku untuk menghadapi segala kemungkinan kerana aku rasakan kadang2 aku tak kuat untuk menghadapi ujian yang diberikan. Ya ALLAH...Tinggikan kesabaranku dan tenangkan hatiku walau aku diuji dengan ujian yang paling hebat. Hanya padamu aku memohon dan mengharapkan yang terbaik.

Artikel Blog : Menjadi Solehah

Satu artikel yang menarik perhatianku pada hari jumaat ni. Mengisi waktu rehat...hehehe....artikel diambil daripada blog http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2010/03/menjadi-solehah.html yang menjadi rutin harianku untuk membaca artikel yang ditulis sebagai rujukan dan panduan.

Kadang-kadang hati kita ni perlukan ilmu untuk menjalani kehidupan berlandaskan syariat islam. Kehidupan serba moden pada hari ini kadang-kadang buat kita lupa pada kehidupan berlandaskan syariat yang telah ditentukan untuk diikuti.

Moga perkongsian artikel ini akan sentiasa mengingatkan aku untuk memperbaiki kelamahan diri dan menjadi insan terbaik didunia dan akhirat...



Menjadi Solehah

Wednesday, March 10, 2010

Solehah.


Sepatah perkataan yang mudah disebut. Perkataan yang memberi maksud sesuatu yang paling baik diantara perhiasan-perhiasan dunia yang lain. Perkataan yang indah bilamana ia benar melambangkan maksudnya. Perkataan yang cantik bila ia dimiliki dengan sebenarnya oleh pemiliknya.


Namun solehah ternyata bukan mudah pada realiti kehidupan ini. Solehah itu bukan hanya boleh dinilai di penghujung perjalanan, namun sentiasa diberi nilai dalam setiap tahap-tahap kehidupan.


Mudahkah menjadi anak yang solehah? Bila balik bertemu ibu ayah sekali sekala , dua tiga hari di kampung, mempamer dan menonjolkan akhlak terbaik, mentaati tanpa jemu setiap permintaan ibu dan ayah. Tapi bila tinggal lebih lama, hati mula jemu, mula kurang sabar, suara tidak lagi rendah dan lunak – disuruh mula berdalih dan merasa berat, ditegur mula memberontak mempertahankan kesilapan...


Wahai anak, di manakah solehahmu pada ayah ibu yang terlalu banyak pengorbanan dilakukan untukmu?


Mudahkan menjadi gadis yang solehah? Di akhir zaman yang mendatangkan fashion yang menampakkan keindahan berharga seorang perempuan, mampukah menepis nafsu yang sering ingin cantik di pandangan awam,,, Membiarkan diri dan tubuh dijamah pandangan lelaki murahan kerana tipis dan pendeknya pakaian...?


Dengan akhir zaman yang membuka seluas-luasnya ruang perhubungan lelaki dan perempuan, dengan ransangan filem-filem, lagu-lagu dan bahan bacaan yang menghidup kan rasa cinta hingga menyala-nyala dalam dada, mudahkah untuk menepis kedatangan SMS, call, chatting YM, Facebook, email etc yang bertalu-talu dari lelaki yang 'soleh' dan tak soleh?


Awalnya mungkin mudah, dengan prinsip cinta hanya untuk suami dan isteri, tapi jika konsistennya SMS yang caring lagi prihatin hingga menghidupkan warna merah muda dalam hati, mampukah lagi menolak? Mampukah lagi mengelak dari serangan-serangan perasaan ‘fitrah’ yang ingin disayangi dan menyayangi, lebih-lebih lagi teman-teman disekeling juga tidak lagi sendiri ?


Mudahkah menjadi solehah, jika pergaulan yang dirasakan sederhana mengundang curiga dimata masyarakat? Mengundang cemburu di hati si isteri-isteri? Mengundang fitnah di hati yang berlainan jenis?


Mudahkah menjadi isteri solehah? Di awal mahligai cinta dibina dalam pernikahan, waktu kasih membara, solehah itu seolah pasti terjadi, ada ketaatan sebelum dipinta, ada layanan kelas pertama, ada pengorbanan yang tidak terasa, ada kelembutan yang mempesona, diri terhias tersembunyi dan nyata..


Namun, bila masa berlalu memaparkan suami sebagai insan biasa-biasa punya banyak alpa, yang terus zahir pada suami adalah terlalu banyak keburukan dan kelemahan. Hingga tidak merasa perlu mentaati dirinya yang dulu pernah paling ditaati, hingga acuh tak acuh pada suami yang dulu mendapat cinta kelas pertama, hingga tidak mampu melihat apatah lagi mensyukuri pemberian suami pada keluarga.
 
Pudar kasih, luput sayang, yang ada hanya lah hati yang luka berbisa. Tiada penghormatan, tiada penghargaan, yang ada hanya ungkitan kesilapan pasangan . Tiada kesyukuran, tiada keredaan hingga diri memikirkan untuk meruntuhkan, melarikan diri dari perjanjian dan ikatan yang dibuat atas nama ALLAH…


Dimanakah solehah? Waktu belum dituntut menjadi pasangan, di luar ikatan mampu menjadi solehah memenuhi segala permintaanya, memohon maaf penuh perasaaan atas kesilapan padanya, mengasihinya sepenuh jiwa raga, tidak mahu melukai hanya ingin mencintai… merasa hebatnya aura sayang dua jiwa dipenuhi kata-kata sopan lagi manja…namun bila ikatan pernikahan yang benar-benar menuntut soleh dan solehah,.. terus sirna, kesopanan dan kelembutan hilang ditelan kejemuan… solehah, dimanakah solehah…?

Solehah…bagaimanakah untuk solehah..? Bagaimanakah untuk terus solehah selepas diri jauh meninggalkan solehah…? Bagaimanakah untuk tetap solehah diwaktu tidak lagi ingin solehah?

Bagaimana bertahan untuk solehah sewaktu sukarnya ingin menjadikan diri solehah?

Sukarnya solehah…sewaktu masih sendiri, terasa sukar menjaga kesucian diri dan hati.. kerana diluar sana tarikan untuk memudarkan solehah terlalu tinggi,… dan sewaktu sudah bersuami, mungkin lebih sukar kerana ada pula hati suami untuk ditaati , dijagai agar tidak tercalar, sedangkan hati dan iman sendiri masih terkontang kanting kering nur rabbani…

Solehah itu anugerah ilahi. Mahal harganya, Tak terhitung nilai kepayahannya, Kerana syurga balasannya.


Ya ALLAh ajari aku untuk solehah dalam menghadapi ujian-ujian dariMU, uJian kesenangan atau kesusahan.

Bantulah aku untuk memilih solehah dari yang lainnya dalam keadaan sukar atau mudah. Bantulah diri hambaMU ini agar mampu ku mentaatiMu, yang dengan nya menjadikan aku mampu mentaati ibubapaku dan sesiapapun yang perlu ku taati.
 
Bantu lah aku memenunaikan segala suruhanMu agar mampu ku tunai hak-hak sahabat dan saudaraku ingin ku cintaiNYA keranaMU.. Bantu lah diriku menjauhi segala laranganMu agar ENGKAU memberikan jalan keluar atas segala urusanku.. Bantu lah aku ya ALLAH, dengan rahmat da kasih sayangMU perbaiki lah urusan ku dan jangan biarkan ku membuat keputusan sendiri walau sekelip mata.

Bantulah diriku untuk memilih solehah walau memilih solehah terasa letih, sakit dan sukar bagi diriku, namun izinkan diriku bertemu asiah, maryam, khadijah dan fatimah di dunia sana yang berkekalan...

 
* Artikel muhasabah diri yang dikorek dari folder artikel yang ditulis setahun yang lepas..  

Friday, August 17, 2012

Salam Lembaran 1433H

 

Ramadhan akan meninggalkan kita 1 hari lagi...hari ni 28 Ramadhan 1433M. Sedih la rasanya. Aku rasa sedih Ramadhan kali ni...cita-cita nak habiskan khatam quran tapi tak dapat...ALLAH dah bagi cuti kan...hehehe...Persiapan aku pun tak semeriah seperti tahun-tahun lepas. Aku tak tahu kenapa ada kekurangan dan sedikit hilang semangatku.

Tahun ni aku dapat beraya dengan Muhamad Amsyar Nafis. Anakku yang bongsu. Dah 7 bulan umur dia. Sentiasa tersenyum je dia...tak sabar nak bawak dia jalan-jalan sebab dia suka berjalan dan aku tak sabar nak tengok dia pakai baju melayu sepasang.  Comelnya dia...Athirah pulak aku tak tahu apa kerenah dia raya ni....anak dara sorang yg tersangat manja dan nakal. anak bujang dua orang lagi tu.....still leh control lagi...dah besar kan....tapi kadang-kadang wat karenah gak dia orang ni...nama pun budak.

Aku mengharapkan yang terbaik untuk aku sekeluarga. Moga lembaran yang akan tiba membawa seribu makna padaku. Aku mengharapkan redhamu ya ALLAH. Moga sentiasa dalam rahmatmu ya ALLAH. Berikan kekuatan dan kesabaran untuk aku terus menjalankan amanah sebagai hambamu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DN BATIN....

Monday, April 9, 2012

Hari Lahir

Semalam 9 April 2012 adalah hari lahirku yang ke 32 tahun....seram aku tengok perkataan 32 tu...rasanya dah banyak sangat nombor tu. Cumanya kalau direnungkan balik banyak lagi perkara yang aku masih tak laksanakan dan tak perfect lagi....aku renungkan segala-galanya...dari tuntutan dunia dan akhirat...banyak perkara yang perlu aku perbaiki...sebagai hamba allah, kehidupan dan kerjaya.

Kadang-kadang terfikir gak..hidup ni kadang-kadang kita terpaksa korbankan sesuatu...walaupun sesuatu yang kita suka dan sayang. tapi begitu sukar untuk orang memahami apa yang kita impikan dan idamkan. Seringkali kita disalah anggap atas sesutu yang berlaku walaupun niat kita baik dan mungkin tiada niat untuk melakukan perkara yang orang tidak suka.

Saat ini, aku berjanji pada diriku...aku akan lakukan yang terbaik untuk diriku walaupun orang sekeliling suka menyalah anggap apa yang kulalukan...aku tahu menilai sesuatu yang baik dan buruk...cumanya aku menghargai sesiapa yang ingin menegur kearah positif. Aku harus berubah untuk menghadapi segala kemungkinan dan takdir yang telah ditulis untukku agar aku mampu untuk menghadapianya. Anak-anak adalah harapanku untuk terus hidup. Merekalah inspirasi hidupku..kekuatanku...penghiburku dan penenagku...

Ya Allah...ampunkan dosaku selama ini. Aku alpa dengan mengikut perasaan nafsuku. Lupa dengan tuntutanmu..limpahkanlah kasih sayang padaku...limpahkanlah kesabaran yang tinggi padaku...

Insyaallah dengan umur yang dikurniakan, aku akan berubah untuk kebaikanku. Aku mengharapkan kebahagiaan yang hakiki akan datang padaku suatu hari nanti.

Aku cuma mampu berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Moga allah perkenankan segala hajatku. Aminn..

Tuesday, March 20, 2012

Hakikat Kehidupan

Lamanaya tak post something. Sibuk sikit sampaikan tak sempat nk mencoretkan sesuatu. Dh masuk tahun baru 2012 dan hari ini la 21/3/2012 baru sempat nk coretkan sesuatu di sini.

Baru masuk 2 minggu aku bertugas kembali setelah 2 bulan bercuti...maklumlah baru dapat baby 10 Januari 2012. Tarikh yang tidak akan aku lupakan. Seorang bayi lelaki menjadi milikku, kurniaan dan amanah daripada Allah. Muhamad Amsyar Nafis gelaran yang ku berikan. Aku bersyukur dan gembira dengan kehadiran cahayamata baru ini. Moga Allah memberiku peluang untuk mendidiknya dan membesarkannya sehingga akhir hayatku. Aku berdoa agar dia menjadi anak yang baik dan soleh serta boleh berbakti ke jalan allah. Amin...

Aku rasakan tahun ni banyak perubahan yang akan aku alami dari segi kehidupan, dan kerjaya. Aku percaya apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan aku perlu bersyukur dengan ketentuannya. Cumanya kadang-kadang hati ini seringkali berfikiran negatif. Memang hati manusia sebegitu....kadang-kadang tidak berpuas hati dengan apa yang ada dan seringkali memandang serong terhadap sesuatu kejadian...walhal itulah ketentuan darinya. Aku berharap apa yang ditentukan pada ku adalah yang terbaik untukku dan keluarga. Aku mahukan keredhan darinya dalam sesuatu pekerjaanku walaupun manusia tidak dapat membezakan antara kebaikan, keikhlasan, kesungguhan, dan kepercayaan. Moga dijauhkan segala fitnah dan perkara yang tidak baik.

Aku mohon agar Allah tetapkan hatiku untuk mengharungi segala dugaannya. Aku percaya segalanya adalah daripada allah dan bukan manusia yang merancang kehidupan sesuatu manusia lain. Manusia adalah perantara atau pelakon jika sesuatu perkara berlaku. Allah yang telah tentukan dan merancang segalanya....bukan manusia yang menentukan kerjaya dan rezeki untuk manusia lain. Aku yakin sangat-sangat tapi aku pelik bagaimana manusia boleh tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku padanya dan menyalahkan ornag lain jika sesuatu itu terjadi padanya dan yang peling jelas adalah dalam menetukan kerjaya. Ramai orang akan marah jika dia mencatatkan rekod yang tidak memuaskan dalam kerjayanya walaupun dia merasakan apa yang dibuat mengikut apa yang dirancang. Tetapi hakikatnya dia lupa semuanya adalah ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan hidup hambanya.

Moga Allah permudahkan segala urusanku dan murahkan rezekiku untuk tahun ini dan seterusnya....Amin...