Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidiladha kembali

Semalam 10 Zulhijjah 1431H/17 November 2010, seluruh umat islam merayakan hari yang penuh bermakna mengikut bulan islam. Sperti tahun-tahun yang lalu, kebiasaannya raya di Selangor ni biasa je tak semeriah beraya di Kelantan n Terengganu n tempat2 yang sewaktu dengannya. Raya tahun ni aku kena masak sendiri, maklum la dah ada rumah sendiri. Malam raya tu aku masak dengan suami..menunya...nasi impit, kuah kacang, masak lodeh dan rendang ayam. Pagi tu aku goreng burung puyuh goreng rempah..

Pagi raya suami kena keje pagi, so pagi2 dia kena hantar najmi pergi rumah mama sebab nak sembahyang raya..Nabil lak bangun lambat, kebetulan masa dia baru bangun adik bongsuku datang hantar makanan so dia balik nabil ikut sekali...sempat la pagi tu aku berkemas rumah lagi pun Athirah tido. Penat gak la dari pagi kemas tak siap-siap. bahagian luar aku tak sentuh langsung...penat dah...aku tengok rumput pun dh nak start panjang...bunga n pokok???....hehehe dh kena hujan so tak yah la aku siram...

Jiran sebelah rumah aku ni orang Kelantan dan Terengganu. Tahun ni dia tak balik coz tak dapat cuti....dia kata first time sambut Aidiladha dkt Selangor tapi tak meriah la macam dkt kampung dia. Aku pun jawap selalu dekat sini memang tak de apa. Yang ada cume orang buat ibadah korban je lepas tu memang takde pe...cumanya anak2 akan balik rumah orang tua la....aku senyum je lepas tu..... Aku pun sebenarnya macam teringin gak nak tengok dan rasai suasana Aidiladha dekat Kelantan n Terengganu ni tapi takde lak sedara dekat belah sana..kawan2 ada la. Saje je nak tahu kemeriahan n cara2 dia orang buat korban ni....Aku dengar macam meriah je....nak buat macamana kan dengar je la yang aku boleh buat...lagipun aku rasa dekat sana orang lebih faham dengan apa itu korban sebab Rasullah pun kata Aidiladaha adala perayaan umatku... sekarang ni orang akan campurkan adat dengan hukum....tapi biasanya adat la yang dipertahankan. Keluarga aku pun kadang-kadang tak terlepas dengan benda-benda tu....

Berbalik citer raya aku semalam....dalam pukul 12.30 kakak aku datang ambik aku pergi rumah mama n balik petang, suami aku jemput lepas balik kerja. Dalam pukul 6.30 petang aku bertolak pergi rumah mertua lak n balik kul 10.30 malam. Sampai umah dalam kul 11.30 mlm.. Aku tak larat rasanya...balik2 aku terus tido...kesian dengan suami coz aku tak sempat nak borak dengan dia. mengantuk sangat2... Aku rasa dia tido lambat coz aku sedar2 dah terpasang lampu tido bilik... hehehe...

Alangkah indahnya jika kita tahu dan hayati makna Aidiladha ni. Orang biasa akan kaitkan dengan pengorbanan. Banyak pengorbanan yang boleh kita kategorikan cumanya keikhlasan dan ketekunan seseorang itu yang membezakan pengorbanan tu bermakna pada diri dia atau tak. Dan kita sebagai manusia perlu menghargai pengorbanan yang orang lakukan untuk kita...jangan diabaikan pengorbanan yang telah diterima...cuba fahami n hargai jika seseorang betul2 mengorbankan sebahagian hidup @ harta @ masa @ yang sewaktu dengannya untuk kita. Jangan pula kita lambat sedar dan hargai pengorbanan yang kita terima... jangan pulak kita nak hargai pengorbanan tu selepas orang yang take care pada kita dah hilang atau tiada...silap2 kita yang menyesal.....Bagi aku cukup la untuk menghormati aku jika seseorang itu rasa aku telah mengorbankan sesuatu untuknya bukan wang ringgit dan pujian yang aku harapkan. 

Semoga pengorbanan yang kita lakukan akan sentiasa diberkati Allah...

No comments: