Sunday, June 15, 2014

Family Birthday - April 2014

Dalam keluarga sekarang ni dh jadi 8 org yg sambut birthday bulan April. So tahun ni kami smbut sekali. Meriah giler..dengar suara budak-budak ni dh cukup kecoh. Dalam setiap keluarga adik beradik ada yg lahir bulan April. Moga Allah memberkati seluruh anggota keluargaku...

Muhamad Ayob bin Abu Bakar & Rabiah binti Marzuki

Layan gambar sepanjang majlis..

Kek yang penuh dengan nama..

Ni dia..8 orang punya birthday..

Melayan 1st Birthday Girl n Boy..

Macam-macam ragam..

Afi n Aishah Sofia
         
Semangat Amsyar ni makan..

Adik bongsu n family


Dah besar anak-anak ummi..Najmi n Nabil. Moga jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup. Happy Birthday sayang..


Nabil yg suka berposing..

 
Mama, Adik beradik-adik perempuan n Adik ipar..

Moga tahun depan kita dapat lg sambut birthday ramai-ramai. Thanks coz semua sporting ye..Moga kita menjadi keluargsa bahagia hingga ke Jannah...ameen.

Thursday, May 15, 2014

Sukan ABIM 2014

Time untuk melayan anak-anak..1 Mei 2014, merupakan hari sukan ABIM di Padang Stadium Sultan Sulaiman Klang. Macam-macam gelagat anak-anak TASKI Dan SRI. Mana yang excited, Nampak la muka tu senyum jer...mana yang first time tu macam takut-takut jer...macam lah Athirah ni...

Ni gaya Athirah sebelum sukan bermula...tak semangat langsung gaya dia..


Main 1 Jenis permainan je..alhamdulillah menang
 
Nak blek dh ni tp sempat Ber posing dlu..


Si comel ni suka klu bergambar..macam-macam gaya leh buat

Adik pun menang gak...hehehe...nk gak berposing dgn maddle abg...layan je la..
 
 
 
Matahari dah naik..panas tuu...tapi nak melayan si Amsyar ni pergi le menyinggah taman permainan sebelah stadium ni...bukan main senyum dia sampai ke telinga. Budak yang sungguh aktif, rajin n senyum je kalau kena marah..Moga Allah lindungi anak-anak ummi ya..

Wednesday, April 9, 2014

2014 Birthday..



Hari ni banyak kejutan dekat ofis...haaa...betuah betul semua kawan2 ni termasuk bos...Thanks semua sebab bertungkus lumus meraikan hari yang bermakna bagiku hari ni walau simple. Rasanya banyak kejutan ni sepanjang aku bekerja dkt sini. Sume sporting2 belaka. Thanks semua terutamanya sahabat2 PPK..

Ya Allah..terima kasih diatas segala nikmatmu. Moga apa yang ku impikan akan dimakbulkan.

Thursday, March 27, 2014

Kamu Umat Terbaik - Dr. Mohd Shafie Md Amin

Alhamdulillah pagi ni dapat mendengar tazkirah daripada Dr. Mohd Shafie Md Amin. Beliau merupakan Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Itqaan dan pengasas Kaedah Al-Huffaz. Rasa seronok kerana Allah memilih aku hari ni untuk mendengar tazkirah daripada beliau. Memang menusuk di hati dan ada la sikit2 terkena batang hidung aku. Insya allah aku cuba perbaiki mana yang tak baik. Beliau banyak mengaitkan kehidupan dengan berpandukan al-quran dan peraturan yang telah ditetapkan.
 
Beliau telah menulis Buku bertajuk - "Kuntum Khoira Ummat - You Are The Best - Kamu Umat Terbaik" keluaran Galeri Ilmu. Segala kupasan berkenaan mengurus diri, mengurus hati, memimpin keluarga, mentadbir masyarakat dan negara berlandaskan al-quran ada dinyatakan dalam buku beliau. segala isu ada disertakan ayat al-quran sebagai memperkukuhkan isu-isu yang dibincangkan. Harga buku tu RM55 dan Alhamdulillah Allah memberi rezeki untuk aku memiliki buku ini.
 
 
 
Ni cover buku..

 
Moga buku ni bermanfaat untuk semua. Takde rezeki nk upload buku yang dibeli sebab phone tak boleh detect lak dekat PC ni...beria2 je ambik gambar buku....just ambik gambar dari internet je. Selamat membaca...moga kita menjadi insan dan umat terbaik...
 

Tuesday, March 18, 2014

Harapan 2014


 
Masa terlalu pantas berlalu...2014 telah tiba. Januari..Februari telah meninggalkan kita dan Mac pula bakal meninggalkan kita dalam beberapa minggu lagi..Aku mengharapkan yang terbaik untuk tahun ini. Moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh perjalanan kehidupan.

Aku juga mengharapkan agar impian yang tidak tercapai pada 2013 akan tercapai pada tahun 2014 ini. Moga Allah kabulkan sega permintaanku....Aku juga ingin menjadi insan terbaik disisi ALLAH bukan hanya dimata manusia sahaja. Aku juga mengharapkan yang terbaik untuk tahun ini.

Aku rasa banyak dugaan yang terjadi pada tahun 2013...aku mengharapkan aku lulus menempuh segalanya pada pandangan ALLAH...aku tak kisah jika manusia yang menenilai itu hanya memandang kepada keburukan sebab aku yakin penilaian ALLAH itu jauh lebih baik.

Pengalaman lalu mengajar aku tentang hakikat kehidupan, erti kesabaran dan erti kasih sayang. Moga ALLAH permudahkan segala urusanku..