Monday, October 10, 2011

Artikel daripada FB - Kenape ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

Lama dah tak update blog ni... baru je buka n terbaca artikel ni. Pertemuan dengan pelbagai manusia memang kadang-kadang mengajar kita banyak perkara. Bukan hanya pada teruna dan dara malah suami isteri yang kadangkala ALLAH ingin menguji hubungan antara mereka. Namun kesabaran adalah asas dan kunci utama dalam menepuh segala-galanya.


♥ Kenape ALLAH temukan kita dengan org yand salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Sunday, January 23, 2011

Selamat Datang 2011

Pejam celik, pejam celik dah sampai ke Tahun 2011. Tak sempat aku nak update blog ni..hari ni pun dah 24 Januari 2011. Banyak kenangan dalam tahun 2010 ni. Suka duka perjalanan kita sebagai seorang khalifah dan menerima segala takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Aku rasa macam tak percaya je masa berlalu terlalu pantas....tau-tau anak2 dh besar dan umur aku semakin meningkat.

Pembukaan tahun baru ni, aku telah mendapat ujian daripada Allah. Kesihatan ku diambil seketika untuk aku muhasabah diri dan aku terima seadanya sebagai seorang hamba. Aku telah dimasukkan ke wad di Shah Alam Medical Center (SALAM) selama seminggu. Ohh..sungguh boring betul aku duk situ. Aku rindu semuanya terutamanya anak2 comel ku dirumah...kesiannya mereka. Anak daraku yang semakin lincah tu aku terbayang2 je...malam pertama aku tak leh nak lelapkan mata. Teringat anak2. Suamiku dah berdengkur, aku yang masih terkial2 nk lelapkan mata. Suamiku yang temankan sepanjang aku berada di hospital. Aku suruh balik je dan tengok anak2 je dia tak nak lak...last2 anak2 duk umah mak...thanks buat family aku yang menjaga anak2 selama aku di wad. Sampai demam mama jaga budak2 tu...kesian aku tengok..pengorbananmu takkan ku lupakan...

Pembukaan tahun ni juga aku berpindah ofice...dari di Bgnn Sultan Idris Shah (berdepan dengan Masjid Shah Alam) ke Alami, sek13. Jauh sikit la dari rumahku tapi dekat time nak balik...coz jalan pergi dan balik aku lalu jalan yang berbeza...Aku mengharapkan agar aku dapat meningkatkan prestasi kerjaku dengan lebih baik lagi tahun ni (kalau boleh the best la...hehe)...dan Allah murahkan rezekiku....aminn..

Tahun ni aku mengharapkan yang lebih baik dalam hidupku..tak kira la dari segi pekerjaan, kehidupan dan segala segi la...aku mengharapkan apa yang aku impikan selama ini akan tercapai dan dimakbulkan...moga kejayaan akan mengiringiku...ya allah hanya padamu aku bermohon..