Thursday, November 18, 2010

Makna disebalik Lukisan

Pensil, colour, berus, kertas lukisan.......ahhhhh....rindunya aku dengan benda2 tu....lamanya aku tak sentuh benda yang paling aku minat suatu masa dulu...Aku tak dapat gambarkan keseronokkan aku time tu...indahnya hidup aku coz aku leh luahkan segala-galanya melalui lukisan..Bila bercerita tentang lukisan ni tak semua orang akan suka, tak semua orang akan minat dan tak semua orang boleh buat. Bagi aku itulah dunia aku sebenarnya. Sebenarnya minat aku dari kecik lagi.....Aku ingat lagi masa sekolah tadika...balik sekolah tu aku akan ambil kamus bergambar, pensil dan kertas kosong. Aku akan lukis benda yang aku suka mengikut gambar tu.....Dah siap aku akan bawak gi sekolah dan tunjukkan pada cikgu2 aku...bila dia orang kata cantik memang aku bangga giler masa tu.....

Ayah la yang jadi pendorong untuk aku melukis. Dia yang ajar aku macamana nak lukis sesuatu benda dekat papan hijau. Masa kecik2 dulu ayah belikan kami papan hijau size A3 dan kapur untuk belajar. Macam-macam dia tunjuk...masa tu aku memang xcited giler...aku ingat lagi lukisan yang dia ajar dulu...dia buat sebuah rumah kampung....rumah papan, depan tangga ada tempayan besar, sebelah rumah ada pokok kelapa dan jauh dibelakang rumah ada bukit dan 3 ekor burung terbang....lukisan tu mamang tak akan aku lupakan sampai bila2...tu lah kelebihan ayah..dia pernah kata dengan aku. Belajar pandai2 biar orang tak tipu kita. Aku dengar dari cerita makcik ku....ayah sekolah sampai darjah lima je coz nenek tak dapat nak tanggung sekolah dia...makcik kata ayah masa sekolah dulu dia pandai n tiap kali periksa mesti dia dapat nombor satu....tu yang kalau aku tanya benda memang dia bersungguh untuk ajar...lain sikit dengan mama dia jarang nak tunjuk walau dia sekolah sampai SPM.

Masa sekolah dulu matapelajaran Lukisan yang paling aku minat. Masa sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 3 aku tak dapat teruskan matapelajaran ni coz aku ambil Matapelajaran Bahasa Arab. tapi minat aku tetap tak berubah aku still minat lagi untuk melukis kalau aku ada masa dan kalau ada kerja berkumpulan, memang akulah orang yang akan dipertanggungjawabkan untuk melukis....aku tak kisah coz aku seronok. Banyak mana pun aku sanggup.

Minat aku lebih mendalam setelah aku naik tingkatan 4. Masa tu aku tak dapat nak teruskan pengajian Bahasa Arab aku coz tak cukup corum nak buka kelas Bahasa Arab dan aku apply sekolah lain pun tak dapat. Sedih gak masa tu tak dapat sambung tapi nak wat camne kan???...last2 aku ambil lukisan untuk cukupkan kredit aku. Bermula dari saat inilah aku belajar tentang lukisan ni dengan mendalam sebab periksa nanti dia akan tanya soalan dari pelajaran tingkatan satu sampai 5. Aku ambil inisiatif sendiri wat latihan sendiri. Bab lukis2 ni aku takde masalah tapi bab soalan objektif yang aku tekankan....maksud motif, jenis corak, jenis lukisan n macam2 lagi lah...dan bila ada masa aku buat buku lukisan saiz A4 dan lukis la apa yang aku suka terutamanya part2 badan manusia..mcmana nak lukis anggota badan pelbagai gaya than aku jumpa cikgu lepas habis sekolah dan tanya cikgu apa yang tak kena dengan lukisan tu...daripada komen cikgu tu...aku perbetulkan lukisan tu dan aku akan buat sampai aku puas hati..dan cikgu pernah announce dalam kelas aku je sorang student yang wat mcm tu dan dia harap agar ramai lagi student yang wat mcm tu...tapi aku tak tahu la ada yang wat ke tak...

Bagi aku lukisan ni boleh tenagkan fikiran aku...biasanya aku akan ambil 3 jam sehari untuk melukis..aku takkan mengantuk. Biasanya 2 atau 3 pagi aku baru tido. Lukisan punya pasal...dari melukis ni la boleh dekatkan kita dengan alam dan benda2 ciptaan Allah yang maha berkuasa. Betapa kayanya allah dengan ciptaan dengan pelbagai bentuk, warna dan gaya. Kita manusia hanya mampu untuk mencipta diatas kertas sahaja atau menggunakan bahan yang ada untuk meniru ciptaannya yang hanya sementara dan tidak kekal sepanjang masa. Dari situ kita boleh belajar pelbagai aspek..kehidupan, alam, dsb. Lukisan kegemaranku adalah pemandangan. Macam2 pelajaran yang kita boleh belajar dari alam. Seronok sangat2.

Walaupun aku baru mengenali alam lukisan ini tapi aku bangga pada diri aku sendiri sebab tiap kali aku lukis mesti cikgu akan tampal dekat dengan coridor tempat orang lalu lalang. Biasanya lukisan tercantik yang ada dekat situ. Aku pernah menang tempat ke-3 dalam lukisan mural..tapi lukisan tu hanya dalam kertas lukisan je la...sebenarnya itu kerja berkumpulan tapi aku offer diri aku untuk buat sendiri. Aku tak boleh la lukis dengan keadaan yang ramai dan bising...hilang idea. Aku siapkan dalam masa 5 jam...dari cari idea, melukis dan mewarna...Aku puas sangat2..tapi yang paling best dan takkan aku lupakan dalam hidup aku, aku terpilih sebagai pelajar Terbaik SPM 1997 dalam matapelajaran Lukisan A1.....best giler coz aku tak sangka aku yang dapat. Rasanya ramai lagi pesaingku...maklumlah aku start ambil matapelajaran lukisan ni tingkatan 4 lagi dan berbeza daripada orang lain yang belajar dari tingkatan 1.

Aku pernah menang tempat ke-2 untuk Pertandingan Mereka Arca Wau. Ni kerja berkumpulan tapi aku rasa seronok sangat sebab leh sumbangkan idea dan wat sama2 dengan kengkawan. Aku rasa lukisan ni tak boleh pisahkan dengan hidup aku..lagi satu aku ni suka ambil gambar cumanya takde budget nak beli camera power, pakai la apa yang ada. Tapi berlainan pula dengan suamiku...dia tak suka bergambar. Tu yang menjadi faktor utama kegemaranku itu tersekat coz kadang2 dia tegur jangan banyak sangat ambil gambar..hehehe...kena ikut lar...Cuma angan-angan ku untuk menjejak kaki ke Balai Seni Lukis Negara tidak tercapai lagi...aku teringin sangat nak pergi...lama dh aku ajak suami tapi tak pernah dia bawak...aku rasa sejak kawin lagi aku ajak....hemmm...entah la tak tau la sampai sana biler...Aku ni pantang kalau ada cerita pasal lukisan, mana2 tempat yang ada lukisan ni memang aku akan berhenti tengok. Last aku tengok lukisan dekat SACC Mall, Shah Alam. Dekat situ ada kedai menjual lukisan...geramnya aku tengok gambar2 tu...jual lukisan ni mahal tau...kadang2 harga sebuah lukisan boleh mencecah puluhan ribu...

Aku boleh bezakan kengkawan aku yang suka lukisan dengan tidak. Aku lebih suka bercerita ttg lukisan ni dgn org yang faham dan boleh menjiwai apa itu lukisan. Sebab kita boleh melihat lukisan tu bukan sahaja pada apa yang dipaparkan tapi faham maksud tersirat disebalik lukisan tu. tu yang kadang2 aku tengok sesuatu objek tu aku boleh nampak banyak benda dalam objek tu....bukan hanya satu....hehehehe...hati2 pada orang yang tak mendalami sesuatu lukisan. Kadang2 aku leh tergelak sendiri tengok sesuatu corak tak kisah la org tu lukis atau ada pada pakaian atau barang2 peribadi.

Antara lukisan yang aku sempat search dalam internet...









Dan ini adalah Plug yang aku terima sebagai Pelajar Terbaik SPM 1997. Aku akan simpan sebagai kenangan sepanjang hidupku dan inilah bukti bahawa melukis adalah sebahagian daripada hidupku..







No comments: