Thursday, March 27, 2014

Kamu Umat Terbaik - Dr. Mohd Shafie Md Amin

Alhamdulillah pagi ni dapat mendengar tazkirah daripada Dr. Mohd Shafie Md Amin. Beliau merupakan Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Itqaan dan pengasas Kaedah Al-Huffaz. Rasa seronok kerana Allah memilih aku hari ni untuk mendengar tazkirah daripada beliau. Memang menusuk di hati dan ada la sikit2 terkena batang hidung aku. Insya allah aku cuba perbaiki mana yang tak baik. Beliau banyak mengaitkan kehidupan dengan berpandukan al-quran dan peraturan yang telah ditetapkan.
 
Beliau telah menulis Buku bertajuk - "Kuntum Khoira Ummat - You Are The Best - Kamu Umat Terbaik" keluaran Galeri Ilmu. Segala kupasan berkenaan mengurus diri, mengurus hati, memimpin keluarga, mentadbir masyarakat dan negara berlandaskan al-quran ada dinyatakan dalam buku beliau. segala isu ada disertakan ayat al-quran sebagai memperkukuhkan isu-isu yang dibincangkan. Harga buku tu RM55 dan Alhamdulillah Allah memberi rezeki untuk aku memiliki buku ini.
 
 
 
Ni cover buku..

 
Moga buku ni bermanfaat untuk semua. Takde rezeki nk upload buku yang dibeli sebab phone tak boleh detect lak dekat PC ni...beria2 je ambik gambar buku....just ambik gambar dari internet je. Selamat membaca...moga kita menjadi insan dan umat terbaik...
 

Tuesday, March 18, 2014

Harapan 2014


 
Masa terlalu pantas berlalu...2014 telah tiba. Januari..Februari telah meninggalkan kita dan Mac pula bakal meninggalkan kita dalam beberapa minggu lagi..Aku mengharapkan yang terbaik untuk tahun ini. Moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh perjalanan kehidupan.

Aku juga mengharapkan agar impian yang tidak tercapai pada 2013 akan tercapai pada tahun 2014 ini. Moga Allah kabulkan sega permintaanku....Aku juga ingin menjadi insan terbaik disisi ALLAH bukan hanya dimata manusia sahaja. Aku juga mengharapkan yang terbaik untuk tahun ini.

Aku rasa banyak dugaan yang terjadi pada tahun 2013...aku mengharapkan aku lulus menempuh segalanya pada pandangan ALLAH...aku tak kisah jika manusia yang menenilai itu hanya memandang kepada keburukan sebab aku yakin penilaian ALLAH itu jauh lebih baik.

Pengalaman lalu mengajar aku tentang hakikat kehidupan, erti kesabaran dan erti kasih sayang. Moga ALLAH permudahkan segala urusanku..