Tuesday, May 25, 2010

Friendship




Cerita bab persahabatan ni memang banyak kenangan. lagi2 kalau time sunyi dan duk sorang2..teringat semua citer sedih dan gembira. Setiap kawan kita ni ada tersimpan memori tersendiri. Kadang2 ada yang sedih, gembira, lucu, sakit hati dan banyak lagi la...

Paling bayak kenangan biasanya dengan kawan2 rapat dan housemate... sebab dia orang sentiasa dengan kita. Tapi dengan housemate lagi la banyak sebab kita tidur sebilik, sebantal, makan sama, borak dan gurau sama, dan layan karenah yang macam2 perangai... tapi tak best kalau tak sekepala...heeee.... Kenangan duk dengan kengkawan ni sebenarnya memang hebat dugaannya. Kena tetapkan hati dan pandai jaga diri. Pengalaman aku dulu duduk 3 buah rumah berlainan. First aku duduk KL, Apartment Putra dkt jalan raja Laut, belakang "The Mall'. Dugaan duk campur dengan org yang sudah bekerja memang mencabar. Nasib baik aku tau jaga diri. Alhamdulillah Allah sentiasa lindungi aku. Biasalah orang dah bekerja...bersosial tu memang dah jadi kebiasaan. Time cuti hujung minggu memang takde dekat rumah. Biasa kalau aku tak balik kampung memang duk la sorang2 dekat umah. Jaga umah n duk termenung macam orang giler. Maklum la student, tak de duit nak berjalan dan duk KL lagi...tak biasa dengan jalan2 dekat situ. lagipun takut nak jalan sebab banyak kes jenayah dekat situ...lagi2 dekat "Lorong Haji Taip" pagi2 nampak la pelacur duk tepi2 bangunan sambil hisap rokok. Aku nak pandang pun takut...bukan setakat tu je...penagih dan india mabuk sentiasa merayau dekat situ... pempuan pun ada yg jadi penagih...pengalaman yang tak boleh lupa la..

Berbalik tentang umah sewa ni...paling mencabar duduk dengan orang bukan islam...nasib baik dia orang hormat orang islam ni..cumanya org islam yang tak tau jaga adap yang menjadi masalah...malam2 leh lagi kluar pegi kelab malam. Mulanya aku tak tahu...cuma satu malam tu ada sorang kakak tu kantoi dengan aku.. Time tu dah pukul 3, aku tak tido lagi coz tengah study.. dia balik and pakaian dia seksi...dia macam terkejut tengok aku..n tanya aku tak tido lagi ke??...sambil tersipu2 malu. Aku pun malas la nak tanya dia dari mana last2 housemate aku yang lain bagi tau dia kemana tiap malam...aku cuma istighfar je la... tak tau nak wat pe..nak tegur pun serba salah tapi aku rasa macam dapat 'saham' gak dengan perbuatan dia orang tu. Aku pun bukan lah baik sangat..

Tapi paling aku tak seronok rakan sebilik aku buat hal...time tu cuti semesta..aku balik kampung, cuma satu hari tu aku kena balik KL sebab nak uruskan hal pengajian aku...aku singgah umah jap coz nak ambil barang dan nak tengok umah jap coz dah seminggu aku tinggalkan..sampai je pintu umah aku macam tak sedap ati..cahaya dari luar nampak macam ada orang dalam bilik aku tapi sunyi je. Dah masuk tu aku pun buka pintu bilik...tapi alangkah terkejutnya aku bila nampak ada 'jantan' dalam bilik aku...tengah baring atas katil...aku rasa nak nangis je tengok...first time tengok benda2 camni...menggeletar badan aku.. rakan aku tu trus keluar dan minta maaf dengan aku dan muka dia berubah sangat2. nasib baik semua berpakaian lengkap...Allahhuakbar...aku tak leh lupa sampai sekarang pengalaman tu..

Paling best duduk rumah ketiga di Kelana Jaya..campur gak dengan orang yang dah bekerja tapi dia orang cikgu...seronok sangat2 sebab housemate semua jaga adap dan tau hormat oarang lain. Jaga solat dan tau tanggungjawap masing2 sebagai seorang islam. Setiap bulan kami buat usrah dan ada orang luar yang bimbing kami. Biasanya kami akan buat gotong royong bersihkan umah setiap bulan dan masak sama2 ikut turn bilik.. seronok sangat2. Aku rasa tenang nak buat solat dan ibadah sunat yang lain.. malam2 tu leh mengaji dekat ruang tamu lagi.. kalau sebelum ni semua wat dalam bilik coz kadang2 time sembahyang tu boleh lak dia orang karaoke dkt ruang tamu dan kadang2 bukak radio kuat2. aku ni orang baru takkan nak tutup radio tu...hemmmm....

Tu la pengalaman kehidupan aku dengan kawan-kawan. Walau dimana kita berada pun, kita kena ingat asal usul kita dan iman kena kuat. Kena tahu baik buruk sebelum kita buat sesuatu perkara. Prinsip aku..walau dengan sesiapa kita berkawan sekalipun, sama ada orang tu baik ke tak, kita kena ambil sifat yang baik dari orang tu. Sejahat2 manusia ni mesti ada satu sifat yang baik dalam diri. Aku tak kisah berkawan dengan sape sama ada orang tu pakaian seksi ke...free hair ke..suka tipu orang ke... yang penting jangan ikut perangai buruk dia..TAPI...kena hati2 jangan sampai kita terikut tabiat dia yang tak baik....maknanya semua bergantung pada hati...KuAt ImAn KuAtLaH hAtI... LeMaH iMaN lEmAhLaH hAtI..

Buat Sahabat-sahabat ku....thanks 4 ever...

No comments: