Monday, May 17, 2010

Birthday Mama

Tanggal 15 Mei 2010. Ibuku dah mencecah 53 tahun sama dengan tahun kemerdekaan Malaysia. Senang untuk ingat umur dia. Walaupun umur mama dah banyak tapi dia tetap menjaga kecantikan diri. Serba serbi dia jaga..tiap2 hari makan jamu dan sebulan atau dua bulan sekali mesti buat facial muka. Hemm.. mengalahkan aku. Sekarang dia lagi pandai melaram...makin umur meningkat, makin dia jaga. tu yang kadang2 kalau pergi mana2 org kata dia kakak aku...hahaha... suka la dia dengar sebab ada orang puji dia. 
Tentang masakan memang 'the best' punya. Cara masakan dia memang cerewet banyak sangat2... banyak sangat pantang larang dia. kadang2 malas nak ikut tapi kalau tak ikut bising lak dia. Mungkin cerewet tu la yang buat masakan dia sedap. Dia ajar kalau nak masak jumlah barang yang kita guna ada ganjil dan genapnya...macam cili mesti kena genap dan bawang kena ganjil. Time masak jangan letak sudip dalam kuali (time kita tunggu masakan mendidih) Entah la...mungkin tu cara arwah nenek ajar dia masak kot. Arwah nenek pun lagi la sedap masakan dia...paling aku gemar sambal kacang dia. muuaahh.. sedap giler. Tapi tu semua dah tinggal kenangan je...nenek dah tinggalkan kami kerana allah lebih sayangkan dia..
Sebenarnya dari kecik aku dan mama tak 'ngam' sangat sebenarnya...ada je selisih faham. Tapi sejak aku kawin dah ok la tak la macam aku kecik-kecik dulu selalu kena rotan sebab melawan cakap dia.. hehe...sampai pernah kena ikat dekat kayu sidai kain sebab gaduh dengan kakak. Tapi mama dengan aku memang garang sangat2. Dengan adik beradik lain dia 'OK'. Aku rasa kakak lah orang yang paling dia sayang. Jarang kena pukul dan kakak ni manja sikit. Tapi sekarang ni aku 'OK' je dengan mama. kalau dia bising aku pekak kan telinga kalau tak pun diam je..malas nak jawap nanti kan dia terasa cumanya adik beradik yang lain berani sikit la nak tegur mama kalau dia buat something yang kami tak gemar. Nak harapkan aku...hemm...tak la..malas nak bising2. Sebab pernah satu hari kakak dan adikku telah tegur mama...last2 mama mengadu dengan ku dia 'kecik ati' dengan teguran tu. Walau aku tahu mama yang salah tapi aku diam je...malas nak comment. Nanti dengan aku lak dia kecik ati. Sekarang memang aku banyak diam. kalau dia luahkan sesuatu aku akan dengar je...nak comment jauh sekali tapi kalau dia minta pendapat baru aku jawap.
Walau macamana pun aku tetap "Sayang" mama tapi kadang2 susah sangat nak cakap perkataan tu. Nape ye...cumanya kalau berkesempatan aku akan cium dia. Kalau adik beradik lain susah aku nak tengok dia org cium mama. tak tau la kenapa???.... malu kot. Aku selamba je la. Dengan mak mertua pun aku buat benda yang sama. Thanks mama atas semua pengorbanan yang telah dicurahkan. Semoga mama sihat selalu, dimurahkan rezeki dan tercapai hajat untuk menunaikan haji... Insyaallah...aku akan doakan yang terbaik untuk mama...HAPPY BIRTHDAY... I LOVE U MaMa...

No comments: