Wednesday, February 13, 2013

Poligami..???


Sekarang ni aku lebih suka baca artikel online je. Buku lama nk abiskan baca lak. Buku tentang Tahajud pun tak abis baca lagi ni. Aku adalah pengikut setia blog sesi-kehidupan, dan aku tertarik dengan artikel bertajuk "Bersedia berpoligami sebelum menikah...?". Ni dia artikel dia....

Ada beberapa muslimah yang menghadapi lamaran dengan calon suaminya menyebut tentang isu poligami, menampakkan bunga-bunga hasrat si tunang untuk berpoligami suatu hari kelak.

Wahai muslimah yang disayangi, jangan biarkan perasaan kita dimainkan dan digelisahkan... dengan ilmu dan keimanan, kita akan tenang dan bahagia mengatur kehidupan sekalipun si dia berkongsi pandangan dan harapan untuk berpoligami.

Satu alternatif yang ada ialah, kita menyambut positif perkongsian si lelaki tentang poligami. Tanya apa pandangannya tentang poligami. Apa perancangannya. Apa harapannya.... ok ke..? :)

Dan sebagai bakal isteri yang cerdas dan berkeyakinan, beri dorongan pada bakal suami, "Saya doakan awak menjadi suami yang baik, semoga awak dapat menjadi suami yang baik kepada saya dan isteri seterusnya. Saya akan menambah ilmu bagaimana isteri-isteri Rasulullah menjalani kehidupan di alam poligami..Saya akan mengkaji hikmah dan kebaikan poligami pada peribadi dan ummah ini.

Awak doakanlah saya menjadi isteri solehah, menjadi pendamping yang berbakti dan mencintai suami kerana ALLAH.. dan bila tiba masanya nanti, moga saya positif dan tenang menempuh alam poligami bersama suami yang soleh macam awak."

Haaa..si bakal suami mesti bersemangat nak jadi suami yang mantap dalam semua aspek :D

Kepada muslimah dan bakal suami itu, moga ALLAH memberkati kalian dan mengumpulkan kalian dalam keberkatan :) Kalau kita mempersiapkan diri dengan ilmu dan keimanan serta kefahaman tentang poligami, kita akan menjadi isteri yang paling bahagia, poligami ataupun tidak ♥
__________________________

Moga bermanfaat :)

Sebenarnya aku teringat akan suatu peristiwa. Cerita daripada seorang teman. Soalan daripada bakal suami pada bakal isteri. Terdiam bakal isteri dengar kenyataan tu...hemm...sedih dia...

Pada mulanya dia nk menangis tapi ditahan juga air mata tu..seminggu dia bersedih hati..tak lalu makan, hilang mood dan dia rasa apa yg dia buat semua tak kena. Selepas seminggu dia cuba mengumpul kekuatan dan ingin mencari ketenangan dengan kata-kata dan persoalan yang diajukan. Sambil tu dia try search internet berkenaan hal poligami ni. Ternyata sukar untuk dia menerima tetapi dia cuba berfikiran positif dan melembutkan hati untuk terima.

Dalam merenung kata-kata tu, dia kena redha dengan apa yang ditentukan olehnya. Mungkin ada kebaikan disebalik apa yang akan terjadi. Dia cuba fahami sesuatu dan jika dia menolak, bererti dia menolak lelaki yang akan menjadi suaminya suatu hari nanti, lelaki yang dicintai dan lelaki yang di sayangi. Sebelum melaluinya semua, dia belajar untuk tahu ilmu poligami itu....belajar bersifat positif dan belajar memahami perasaan orang lain. Perasaan sendiri????...luka...sakit hati seboleh-bolehnya dia buang jauh-jauh walaupun kadang-kadang perasaan tu hadir dalam hatinya..

Walau apa pun, dia mengharapkan yang terbaik untuk dirinya. Mungkin itu ujian dari bakal suami untuk menguji hatinya...Mungkin itu persediaan dirinya kerana bakal suami bersifat terbuka....Mungkin dan mungkin....pelbagai kemungkinan yang ada dalam kotak fikirannya. Walau apa yang akan terjadi, dia mengingatkan dirinya bahawa...perjalanan hidup telah ditentukan oleh Allah dan kita hanya merancang....Allah yang menentukan segala-galanya....

Didoakan moga tabah dalam ujian Allah dan berbahagia didunia dan akhirat.........Aminn....