Thursday, October 18, 2012

Senyuman Bahagia




SENYUM.. banyak tanggapan manusia bila melihat orang lain tersenyum. Senyum sebenarnya banyak menyimpan rahsia sama ada suka, duka, dan sebaliknya...cumanya diri manusia itu sendiri yang mengerti makna senyuman tersebut. Bagi aku, senyum tu terlalu banyak makna dan bererti dalam hidup aku. kadang-kadang kita rasakan sesuatu yang perit untuk dihadapi tapi bagi aku senyum dan melupakan masalah buat seketika adalah perkara terbaik untuk mencari ketenangan sebelum sesuatu perkara itu diputuskan atau diambil tindakan.

Teringat masa dulu2....Senyum-Senyum Selalu adalah tag aku pegang. Aku rasakan sesuatu perkara tu tak smua kita boleh kongsi dengan semua orang. Aku kurang percaya dengan orang sekelilingku setelah aku dikenakan oleh kawan baik sendiri. hemm....Dulu-dulu biasanya aku akan bercerita dgn kawan2 rapat jer...tp tak semua orang yg kita percaya tu jujur.....dan akhirnya aku simpan sendiri je apa2 yang berlaku pada diri aku...cuma kagang2 hal2 tertentu je aku share...

Senyuman kadang2 akan membuatkan kita tenang walau apa pun banyak perkara bergolak dalam hati. Tapi berhati2 dengan senyuman gak sebab kadang2 ada orang salahertikan senyuman kita walau niat kita baik. Bagi aku, SENYUM tu adalah sebahagian hidup aku kerana aku perlu menyimpan segala suka duka yang tersimpan dalam hati kerana senyum boleh menenagkan hati yang secara tidak langsung akan menimbulkan sifat sabar dalam diri untuk menempuh segala dugaan.

Hati Yang Sedih



Kesedihan seringkali datang dalam hidup kita ni...tapi kadang2 terfikir gak kenapa kita sedih?..adakah kita tak mampu nak hadapi? atau kita tak redha dengan ketentuan Allah? atau kita geram? atau kita nak lepaskan kemarahan kita untuk legakan hati?..atau.........

Banyak persoalan yang boleh kita buat. tetapi itulah hakikat kehidupan. Kesedihan kadang-kadang ada hikmahnya cuma kita je yang tak tau makna disebaliknya. Kadang-kadang kita kena redha gak dgn apa yg berlaku dengan kita walau kita tak suka...nak ada perasaan redha tu la yang susah untuk kita buat...susah untuk kita fahami walaupun sepatutnya kita kena buat dan hadapi. Kesedihan kadang2 buat kita putus asa. Macam2 kita akan fikir yang kebanyakkannya perkara negatif.

Tapi kita kena faham hakikat kehidupan. Hujung pangkalnya adalah hati kita. Ingat ALLAH...adalah ubatnya. Sentiasa muhasabah diri dan merenung kembali perlakuan yang telah kita lakukan. Mungkin kita lupa seketika dan jauh dgn ALLAH..... tu yang ALLAH datangkan sedih pada kita untuk kita mengingati dia dan memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan. 

Moga Allah kuatkan hatiku untuk menghadapi segala kemungkinan kerana aku rasakan kadang2 aku tak kuat untuk menghadapi ujian yang diberikan. Ya ALLAH...Tinggikan kesabaranku dan tenangkan hatiku walau aku diuji dengan ujian yang paling hebat. Hanya padamu aku memohon dan mengharapkan yang terbaik.

Artikel Blog : Menjadi Solehah

Satu artikel yang menarik perhatianku pada hari jumaat ni. Mengisi waktu rehat...hehehe....artikel diambil daripada blog http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2010/03/menjadi-solehah.html yang menjadi rutin harianku untuk membaca artikel yang ditulis sebagai rujukan dan panduan.

Kadang-kadang hati kita ni perlukan ilmu untuk menjalani kehidupan berlandaskan syariat islam. Kehidupan serba moden pada hari ini kadang-kadang buat kita lupa pada kehidupan berlandaskan syariat yang telah ditentukan untuk diikuti.

Moga perkongsian artikel ini akan sentiasa mengingatkan aku untuk memperbaiki kelamahan diri dan menjadi insan terbaik didunia dan akhirat...



Menjadi Solehah

Wednesday, March 10, 2010

Solehah.


Sepatah perkataan yang mudah disebut. Perkataan yang memberi maksud sesuatu yang paling baik diantara perhiasan-perhiasan dunia yang lain. Perkataan yang indah bilamana ia benar melambangkan maksudnya. Perkataan yang cantik bila ia dimiliki dengan sebenarnya oleh pemiliknya.


Namun solehah ternyata bukan mudah pada realiti kehidupan ini. Solehah itu bukan hanya boleh dinilai di penghujung perjalanan, namun sentiasa diberi nilai dalam setiap tahap-tahap kehidupan.


Mudahkah menjadi anak yang solehah? Bila balik bertemu ibu ayah sekali sekala , dua tiga hari di kampung, mempamer dan menonjolkan akhlak terbaik, mentaati tanpa jemu setiap permintaan ibu dan ayah. Tapi bila tinggal lebih lama, hati mula jemu, mula kurang sabar, suara tidak lagi rendah dan lunak – disuruh mula berdalih dan merasa berat, ditegur mula memberontak mempertahankan kesilapan...


Wahai anak, di manakah solehahmu pada ayah ibu yang terlalu banyak pengorbanan dilakukan untukmu?


Mudahkan menjadi gadis yang solehah? Di akhir zaman yang mendatangkan fashion yang menampakkan keindahan berharga seorang perempuan, mampukah menepis nafsu yang sering ingin cantik di pandangan awam,,, Membiarkan diri dan tubuh dijamah pandangan lelaki murahan kerana tipis dan pendeknya pakaian...?


Dengan akhir zaman yang membuka seluas-luasnya ruang perhubungan lelaki dan perempuan, dengan ransangan filem-filem, lagu-lagu dan bahan bacaan yang menghidup kan rasa cinta hingga menyala-nyala dalam dada, mudahkah untuk menepis kedatangan SMS, call, chatting YM, Facebook, email etc yang bertalu-talu dari lelaki yang 'soleh' dan tak soleh?


Awalnya mungkin mudah, dengan prinsip cinta hanya untuk suami dan isteri, tapi jika konsistennya SMS yang caring lagi prihatin hingga menghidupkan warna merah muda dalam hati, mampukah lagi menolak? Mampukah lagi mengelak dari serangan-serangan perasaan ‘fitrah’ yang ingin disayangi dan menyayangi, lebih-lebih lagi teman-teman disekeling juga tidak lagi sendiri ?


Mudahkah menjadi solehah, jika pergaulan yang dirasakan sederhana mengundang curiga dimata masyarakat? Mengundang cemburu di hati si isteri-isteri? Mengundang fitnah di hati yang berlainan jenis?


Mudahkah menjadi isteri solehah? Di awal mahligai cinta dibina dalam pernikahan, waktu kasih membara, solehah itu seolah pasti terjadi, ada ketaatan sebelum dipinta, ada layanan kelas pertama, ada pengorbanan yang tidak terasa, ada kelembutan yang mempesona, diri terhias tersembunyi dan nyata..


Namun, bila masa berlalu memaparkan suami sebagai insan biasa-biasa punya banyak alpa, yang terus zahir pada suami adalah terlalu banyak keburukan dan kelemahan. Hingga tidak merasa perlu mentaati dirinya yang dulu pernah paling ditaati, hingga acuh tak acuh pada suami yang dulu mendapat cinta kelas pertama, hingga tidak mampu melihat apatah lagi mensyukuri pemberian suami pada keluarga.
 
Pudar kasih, luput sayang, yang ada hanya lah hati yang luka berbisa. Tiada penghormatan, tiada penghargaan, yang ada hanya ungkitan kesilapan pasangan . Tiada kesyukuran, tiada keredaan hingga diri memikirkan untuk meruntuhkan, melarikan diri dari perjanjian dan ikatan yang dibuat atas nama ALLAH…


Dimanakah solehah? Waktu belum dituntut menjadi pasangan, di luar ikatan mampu menjadi solehah memenuhi segala permintaanya, memohon maaf penuh perasaaan atas kesilapan padanya, mengasihinya sepenuh jiwa raga, tidak mahu melukai hanya ingin mencintai… merasa hebatnya aura sayang dua jiwa dipenuhi kata-kata sopan lagi manja…namun bila ikatan pernikahan yang benar-benar menuntut soleh dan solehah,.. terus sirna, kesopanan dan kelembutan hilang ditelan kejemuan… solehah, dimanakah solehah…?

Solehah…bagaimanakah untuk solehah..? Bagaimanakah untuk terus solehah selepas diri jauh meninggalkan solehah…? Bagaimanakah untuk tetap solehah diwaktu tidak lagi ingin solehah?

Bagaimana bertahan untuk solehah sewaktu sukarnya ingin menjadikan diri solehah?

Sukarnya solehah…sewaktu masih sendiri, terasa sukar menjaga kesucian diri dan hati.. kerana diluar sana tarikan untuk memudarkan solehah terlalu tinggi,… dan sewaktu sudah bersuami, mungkin lebih sukar kerana ada pula hati suami untuk ditaati , dijagai agar tidak tercalar, sedangkan hati dan iman sendiri masih terkontang kanting kering nur rabbani…

Solehah itu anugerah ilahi. Mahal harganya, Tak terhitung nilai kepayahannya, Kerana syurga balasannya.


Ya ALLAh ajari aku untuk solehah dalam menghadapi ujian-ujian dariMU, uJian kesenangan atau kesusahan.

Bantulah aku untuk memilih solehah dari yang lainnya dalam keadaan sukar atau mudah. Bantulah diri hambaMU ini agar mampu ku mentaatiMu, yang dengan nya menjadikan aku mampu mentaati ibubapaku dan sesiapapun yang perlu ku taati.
 
Bantu lah aku memenunaikan segala suruhanMu agar mampu ku tunai hak-hak sahabat dan saudaraku ingin ku cintaiNYA keranaMU.. Bantu lah diriku menjauhi segala laranganMu agar ENGKAU memberikan jalan keluar atas segala urusanku.. Bantu lah aku ya ALLAH, dengan rahmat da kasih sayangMU perbaiki lah urusan ku dan jangan biarkan ku membuat keputusan sendiri walau sekelip mata.

Bantulah diriku untuk memilih solehah walau memilih solehah terasa letih, sakit dan sukar bagi diriku, namun izinkan diriku bertemu asiah, maryam, khadijah dan fatimah di dunia sana yang berkekalan...

 
* Artikel muhasabah diri yang dikorek dari folder artikel yang ditulis setahun yang lepas..