Monday, June 21, 2010

7th Anniversary



Tanggal 21 Jun 2010, sudah 7 tahun usia perkahwinanku. Aku rasakan cepat benar masa berlalu. Kini, dengan kehadiran 3 orang cahayamata aku rasakan hidupku telah sempurna apatah lagi dengan kehadiran Nurdini Athirah 7 bulan yang lepas.
Dalam meniti perjalanan hidup ini, pelbagai dugaan telah ku lalui..suka dan duka..kadang2 sesuatu perkara yang terjadi boleh mematangkan kita dan pengalaman yang dilalui kadangkala mengajar kita tentang hidup. ibaratnya..dari mula belajar merangkak hingga berjalan..pelbagai perkara yang telah dilalui..

Dari duduk serumah dengan orang tua, tahun ni aku sudah memiliki rumah sendiri..merasai hidup bersama anak-anak. Bebas buat apa yang kita suka..
Dari mempunyai kereta satria telah bertukar waja dan kini memiliki sebuah lagi kereta viva..
Dari gaji 3 angka kini susah 4 angka..
Dari pangkat rendah telah naik sedikit..

Alhamdulillah rezeki makin bertambah..buat suamiku, aku harap agar kita sama-sama menjaga ikatan yang terjalin ini. semoga menjadi suami yang boleh membimbing keluarga dan menjadi orang yang sabar dalam menjalani kehidupan seharian...walau apa pun 'Terima Kasih' diatas segala pengorbanan yang telah diberikan. Semoga menjadi suami yang baik untuk 'elya' dan anak-anak.







Monday, June 14, 2010

Anak Penyeri Hidup


Dalam diam dah 30 tahun umurku dan dah 7 tahun umur perkahwinanku.. aku rasakan baru semalam abis tingkatan 5.. Sekarang aku dikurniakan 3 orang anak. Amanah yang berat untuk dipikul. Amanah yang Allah berikan untuk dijaga, dipelihara dan dididik dengan didikan yang baik dan sempurna. Anak-anak penyeri hidup kita sebenarnya...cumanya kita kena sabar dalam melayan karenah mereka..anak-anak ni banyak ragamnya..lain anak lain ragamnya....kadang2 mencabar kesabaran kita juga...
Ketiga2 anakku mempunyai perangai yang berbeza..Muhamad Arif Najmi...Muhamad Alif Nabil... Nurdini Athirah... time kecik semuanya manja2...tak nak dengan ayah dia..penat gak time meragam...sebab nak buat keja kelam kabut..nk pegi toilet pun susah tapi kalau dh tak tahan bawak je budak ni masuk...hehehe... duduk kan anak dalam bakul dan letak dkt penjuru..apa boleh buat...dari dibiarkan menangis macam kena rotan lebih baik bawak sekali...kdg2 abis kena percik air mandi gara2 tak nak dengan orang lain...nasib la anak2 ummi..

Muhamad Arif Najmi.....
Time dia belajar jalan..

mandi2 di The World Of Tambun

Kenangan di cameron

Bergambar di tanjung Harapan, Port Klang ketika berusia 5 tahun

Hemmm... budak baik.... suruh tido dekat dalam tak nak...last2 lepak2 dekat depan umah dia tertidur lak...

Mandi manda di Tiara Beach Resort, PD ketika Family Day Lembaga Zakat Selangor

 Anak sulungku...lahir pada 28/4/2004 di Klinik Bersalin Sheela..berat 3.02 kg pada pukul 6.18 petang..sejak berumur 6 tahun ni memang berubah perangai dia..byk menguji kesabaranku. Cumanya dia cepat tenang kalau lepas kena marah. Rajuk dia sekejap je..Sekarang kalau di tegur memang menjawap dan ajuk balik apa yang kita cakap...hemmmm....menyakat adik dia memang nombor satu...selagi tak menangis dia tak berhenti...pengecut tak ingat punya...adik dia lagi berani...kadang2 mengada-ngada gak..tak boleh buat keje sikit terus menangis. kalau di suruh memang pening sikit...lain yang disuruh lain yang dibuat...
Arif dah pandai membaca dan aku harap dia akan berjaya seperti anak2 yang lain cumanya malas sikit nak belajar...disuruh baru nak belajar...tak disuruh memang dia buat tak tahu je..Soal makan dia memang org yang suka makan. Dkt rumah kalau makan mesti tak nak pakai tangan...ala2 'mat saleh'...Penat cakap suruh pakai tangan...tak kan dia dengar punya...Makan memang mengalahkan aku...Lepas makan nasi leh makan benda-benda lain..tak kira berat ke tak...tapi badan had tu je..
Harap2 Najmi berjaya dalam apa jua benda yang dia suka...dan menjadi abang yang baik kepada adik2..

Muhamad Alif Nabil

Anak kedua ku lahir pada 27/4/2007 di Salam Specialist seberat 3.12 kg..Nabil ni lain sikit perangai dia..rajin sangat2..tapi garang..loya buruk dia pun boleh tahan gak..sampaikan kadang2 nak marah pun tak jadi tengok loya buruk dia..Masa lahir dulu muka dia macam perempuan...putih..bulu mata lentik dan lebat.. ada lesung pipit. Sampaikan sepupu ku kata nak jadi perempuan tapi tak jadi.. Aku senyum je la...bab mengemas dan jaga adik bagi dekat dia...confirm beres..macam anak perempuan. Kadang2 tak payah suruh pun dia akan buat sendiri..
Cumanya tak tahan kalau dia mengamuk semua kena tendang dan menjerit sekuat hati...nak baik kena pujuk...lain dengan Najmi..tak payah pujuk..baik sendiri..Sayang sangat dengan adik..jangan ada orang pegang adik dia confirm kena marah..kadang2 kalau ada orang sakat dia nak ambik adik memang dia marah..silap2 dia menangis. Nabil ni ramah sikit dan berani dengan orang..memang berbeza dengan abang dia yang banyak diam dengan orang. kalau tak de Nabil senyap sikit rumah sebab dia yang banyak buat lawak..tak ingat punya loya buruk...kalau kita marah dia mula la buat muka senget la...mata keatas la..keluarkan lidah la...joget la..mcm lagi la...Aku kalau tengok dia cam tu memang terus tak jadi marah nak tergelak pun ada gak tapi dalam hati je..kang senyum depan dia...memang dia tak takut la..
Senang je nak marah budak ni...style aku tengok je...nasib baik dia orang paham aku marah...tapi kadang2 kalau tak paham2 keluar gak suara tarzan tu...hehehe...aku harap Nabil akan berjaya dalam hidup dia..di dunia dan akhirat..jadi anak soleh dan ingat pesan Ayah dan Ummi..

 Muka Nabil lepas lahir..

sebelum cukur rambut


Nabil 3 bulan.. time ni ada family Day Zakat di Bukit Merah, Perak


Kenangan di Cameron Highlands ketika berusia 3 bulan

bermain di dalam bilik
Nabil ni suka ambik gambar..


Kalau mengamuk...tak kira dekat mana pun dia ada dekat situ dia baring...


Relax arr...


Ultraman gaya nabil...


suka main panjat2.

Nurdini Athirah

Anakku yang ketiga... manja sangat maklumla perempuan sorang..lahir pada 10/11/2009. Aktif sangat2 dan nampak bijaknya. Kalau kita cium dia lama2 dia akan gelengkan kepada tandanya tak nak...sekarang ni baru masuk 7 bulan... geram aku tengok dia.. balik keje klu nampak memang kurang sikit rasa penat...anak perempuan sorang kan... excited time kalau nak belikan baju rasanya nak je belikan satu pasaraya..hehehe...geram.. sebab sebelum ni anak lelaki so dapat perempuan...seronoknya...Lega dah rasa dapat anak lelaki dan perempuan..lengkap rasa hidup ni..sebab boleh main sama2 dan boleh kenal gelagat anak perempuan dan lelaki.
Athirah ni masa lahir awal 2 minggu..kena paksa sebab air ketuban kurang..lain sikit sakitnya..Alhamdulillah dia sihat masa lahir. Aku dah ada kawan la lepas ni...sebelum ni melayan anak2 lelaki yang lasak sampaikan pernah aku menangis kena belasah dgn hero2 tu. sakit tak ingat punya sampaikan suami gelakkan aku sebab nangis dibelasah dengan anak2...Anak perempuan ni lembut sikit. Tapi tak tahu la esok kalau dah besar macamana sebab atas dia lelaki..
Nurdini Athirah.. Ummi harap Athirah jadi anak yang soleh, berjaya dalam hidup dan jaga perilaku sebagai seorang muslimah.