Thursday, May 22, 2008

Madah...

Teringat suatu ketika dulu ada seorang teman ni beri kata-kata ni untuk saya pegang dan amalkan dalam kehidupan saya. Saya akan ingat dan pegang sampai bila-bila tapi tak tau la dia masih ingat lagi atau tak.....

Sifat sebenar seseorang itu hanya terserlah jika mengalami keadaan tertekan.
Jiwa manusia terlalu lembut. Jadinya kita hendaklah pandai menguasai keadaan bukannya keadaan yang menguasai kita.
Jadilah seperti air yang mana suatu ketika boleh menjadi pejal (air batu) dan adakalanya boleh menjadi lembut cair.
Asam dan garam adalah ramuan penting dalam masakan cuma kita yang perlu pandai menggunakannya. Begitu juga dalam kehidupan tidak dapat lari dari asam dan garam
Aku bukanlah seorang pujangga yang hanya mengalunkan kata-kata tetapi adalah seorang pencinta kasih sayang.
Zahir atau kecantikan sering membuat diri dalam keadaan cinta TETAPI jangan menyandarkan cinta pada zahir tetapi batin. Terdapat sesetengah orang memandang cinta sebelah mata seolah-olah tidak mahu menghargainya SEDANGKAN pada hakikatnya dia berkehendak rasa cinta.
Segagah manapun manusia itu, yakinlah suatu masa nanti pasti ia pasti akan mengalirkan air mata untuk menceritakan ratapan hati.
Sebaik-baik sekolah yang mampu mengajar diri adalah KEHIDUPAN. Manakala sebaik-baik GURU adalah pengalaman.
Carilah sebanyak manapun kenalan di setiap perhentian tetapi BERKASIH biarlah pada yang satu.
Hadapilah musim-musim cinta sebagaimana persediaan untuk menghadapi hadirnya musim panas, sejuk, salji dan luruh.
Jika diri individu itu berbakat yakinlah ia tidak akan diketepikan dalam kehidupan. TETAPI seandainya kita tiada apa-apa bakat lihatlah betapa hinanya sang semut.
Gantunglah cita-citamu setinggi langit kerana jika gagal mencapainya diri kita tetap kelihatan tinggi.

Wednesday, May 21, 2008

Erti sebuah persahabatan

Dalam kehidupan kita ni banyak dugaan dan cabarannya. Kadangkala kita lupa tentang pengorbanan sebuah persahabatan. Tak kira la perkara tu besar atau kecil. Kadangkala kita ni memang lupa pada jasa tapi ingat bila kita susah sebab nak minta tolong... itulah realiti kehidupan manusia. Tapi teringat pulak pada seorang kawan ni.... tak sangka la... kawan yang kita percaya, duduk serumah, sekatil dan sebantal pun boleh tipu kita semata-mata untuk mencari sesuatu yang susah untuk kita luahkan pada dia. tak semestinya sahabat ni kita akan cakap 100% rahsia kita kan??... tapi itulah lumrah manusia yang tidak puas pada apa yang ia ada.

Nak di pendekkan citer sahabat ni nak korek rahsia saya semata-mata nak tanya siapa teman lelaki saya (masa muda-muda dulu la...cewah)dan dia dapat meyakinkan saya yang dia telah bertunang dan tiada siapa yang tahu majlis pertunangannya berlangsung. Siap tunjukkan cincin lagi. Saya dengan rasa yakin cerita la siapa teman saya itu sebab saya rasa dia tak akan menipu saya sebab semua hal saya dia tahu dan kami tak pernah menipu walaupun benda tu kecik. Selang beberapa bulan sahabat ni pun bercerita la...yang dia telah menipu saya untuk mengetahui cerita sebenar siapa teman lelaki saya tu. Perasaan saya time tu hanya allah je yang tahu....sungguh tak sangka selama ni kita baik dengan dia, dia senang-senang je tipu saya tanpa saya sedari. Itu ke sahabat????.... susah la kita nak percaya orang sekarang ni. Ni baru seorang kawan bukan 2 atau 3 orang yang tu lagilah pening. Sejak peristiwa tu saya memang akan berhati-hati bile berkawan dan cari kawan.. terasa sampai sekarang.....

Kadangkala kalau diingatkan balik lebih baik hidup sorang dari kawan ramai-ramai. Macam-macam ragam dan macam-macam kerenah. TAPI... kalau tak berteman bosan lak kan.... tapi bagi saya....

SePi ItU InDaH.......
sebab hati kita tenang je.... tanpa apa-apa gangguan

Berbalik pada soal persahabatan ni, kita memang akan merindui jika kita berjauhan. Semua memori masa bersama memang sukar nak lupakan tapi kalau ada benda yang menyeronokkan dan lucu memang boleh buat kita tersenyum sendiri sampai kengkadang kita tak perasan kita senyum sendiri.... hahaha....paling kantoi kalau orang nampak. Kenangan dan pengalaman lama kadangkala membuat kita jadi lebih matang sebab kalau benda yang kita buat tu salah kita boleh perbetulkan dan kalau benda tu betul kita boleh perbaiki lagi untuk menjadi yang terbaik. Tapi kalau takde perubahan gak tak tau la nak jadi ape....boleh dikategorikan orang tu tak ada hati dan perasaan la kot..